Islam didahulukan..Rakyat diutamakan.
Posted in 1, Politik, Umum on February 1, 2010 by Abu AzzamPatut pun takut nak buat hukum hudud. Kalau tak ramai yang kena potong tangan sebab menyamun harta rakyat. Mungkin itu le sebabnya..
Projek Runtuh Di Terengganu Bukti Wang Ehsan Tidak Berkat, Kelantan Jangan Terima
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.
Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.
BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.
Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma ‘wang ehsan’ tidak pernah wujud. Hanya terma ‘wang royalti’ sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan ‘terma ‘wang ehsan’ seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.
PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.
Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.
Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.
Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.
Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.
PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.
PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS Sarawak Perlu Proaktif
Posted in 1, Aktiviti, Politik, Sarawak, Umum on January 20, 2010 by Abu AzzamBerdakwah merupakan satu kemestian dan tanggungjawab yang tidak dapat lari dari tujuan dan lahirnya PAS untuk memartabatkan Islam di Malaysia. Tetapi penilaian dakwah dan KPI PAS diukur melalui berapa undi yang kita dapat disamping menilai sebab pengundi menerima kita. Oleh itu perlu ada jentera yang mendaftar pengundi untuk merealisasikan hasrat PAS. Diharap seruan dari PAS pusat mendapat perhatian PAS negeri.
Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.
Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.
PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Lambat Bertindak
Posted in 1, Umum on January 16, 2010 by Abu AzzamKementerian Dalam Negeri yang tidak bertindak segera menyebabkan isu kalimah Allah membarah apabila membiarkan permohonan melalui mahkamah diluluskan tanpa membuat rundingan melalui dialog dengan pihak Majlis agama Islam dan sebagainya.
Read more »
Ada bau-bau provokasi dalam Isu Allah.
Posted in 1, Politik, Umum on January 8, 2010 by Abu AzzamBertenang kerana penggunaan nama Allah belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan lagi. Sekurang-kurangnya PAS masih waras dengan isu penggunaan nama Allah. Memang ada usaha untuk mengurangkan sokongan bukan Islam kepada Pakatan Rakyat. Kita tunggu dan lihat kalau ada operasi penangkapan besar-besaran keatas pemimpin Pakatan Rakyat, kalau ada.. memang le itu tujuannya.
Pemuda PAS seru semua pihak bertenang isu penggunaan nama Allah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyeru semua pihak bertenang dan tidak bertindak keterlaluan dalam isu penggunaan nama Allah sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, DPPP kesal dengan insiden provokasi pembakaran beberapa buah gereja yang akan menambah kekusutan dan akan menyulitkan lagi penyelesaian isu ini.
DPPP tegasnya sangat tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak selari denagn ajaran Islam yang suci.
“Tindakan menyerang gereja dalam isu ini, adalah tindakan yang tidak selari dengan Islam dan Pemuda PAS sangat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut,” katanya.
DPPP sebaliknya berpandangan semua pihak harus duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini.
“Islam sebagai agama yang adil mengajar kita duduk semeja berdialog dan berdiplomasi dalam menyelesaikan isu yang kita hadapi.
“Islam dengan jelas melarang keras umatnya memusnahkan rumah ibadat agama-agama lain dan Islam sangat menghormati kebebasan beragama di dalam masyarakat, katanya.
Tengah malam tadi, gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, dekat sini dibakar oleh pihak tertentu.
Harakhadialy difahamkan, polis masih menyiasat dalang yang terlibat dalam kes ini.
UMNO ada hati masuk Sarawak ka?
Posted in 1 on January 6, 2010 by Abu AzzamKepimpinan berserabut UMNO aku harap tidak mempengaruhi Sarawak. Aku harap rakyat Sarawak yang kebulur tidak terpedaya untuk membawa UMNO ke Bumi Kenyalang. Beberapa isu yang berlaku adalah angkara UMNO.
Sila baca artikel seterusnya
Read more »
Ia Satu Penghinaan – Dato’ Ustaz Harun Taib
Posted in 1 on January 5, 2010 by Abu AzzamKUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan di gereja katolik.
Menurutnya, penggunaan Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly dilihat sebagai satu penghinaan terhadap agama dan juga umat Islam.
Lebih jelas katanya, keadaan itu dilihat boleh mengundang kekeliruan orang Islam di seluruh negara dan dikhuatiri penggunaan kalimah agung itu tidak mengikut maksud sebenar sebagaimana dalam Islam.
“Saya tidak bersetuju kerana ia boleh mengelirukan umat Islam, tidak semua mereka guna mengikut maksud sebenar perkataan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Pada masa sama katanya, kepercayaan orang Islam dan bukan Islam juga berbeza apabila Islam meyakini Allah bersifat Esa yang jelas bercanggah dengan kepercayaan agama lain.
Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, penggunaan kalimah itu memberi kesan amat besar kepada umat Islam yang boleh mengguris perasaan mereka.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly, menyebabkan ia telah mencetus bantahan banyak pihak dalam kalangan masyarakat Islam.
Tranungkite Online
Apa pentingnya nama Allah S.W.T kepada Mingguan Herald
Posted in 1, Umum on January 4, 2010 by Abu AzzamBismillahirrahmanirrahim.
Bersungguhnya pihak Herald dalam perkara diatas adalah satu perkara yang menghairankan. Sanggupkah mereka(pihak gereja) merombak kitab agama mereka/bible kerana selama ini memang tidak ada pun nama Allah S.W.T didalam kitab mereka bible mereka. Bersediakah mereka/pihak gereja berjumpa dengan Ulamak Islam untuk berbincang secara waras sekiranya keperluan tersebut adalah untuk kebaikan manusia mencari dan mengenal Allah S.W.T.
Nampaknya pihak Mingguan Herald perlu bersedia untuk menjawab adakah kitab mereka/bible perlu di edit..terpulang kepada pihak Herald kerana kalau betul kitab mereka suci dari diubah pinda mereka tidak perlu risau tentang pentingnya nama Allah S.W.T
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah : “ Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah ( pula ) menjadi penyembah Tuhan yang… aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Surah Al Kafirun;1-6)
Harakahdaily
Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.
“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,
Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.
Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.
“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.
Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.
PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC
Posted in 1, Umum on January 2, 2010 by Abu AzzamParti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya..
PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai Tuhan “Pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
PAS mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Soddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
Perlu ditegaskan ini bukan berarti PAS menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini PAS yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.
Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Message Dari BN
Posted in 1 on December 30, 2009 by Abu AzzamHari ini menerima message dari admin BN melalui facebook sebab aku telah saja-saja masuk member kelab BN. Kepada BN Sarawak aku nak kamu beri keadilan kepada rakyat. Isu tanah, Isu tak daftar kad pengenalan oleh penduduk luar bandar.. mana pergi YB BN. Adakah patut YB Bolhassan buka pejabat dikawasan Kuching sedangkan dia tu YB DUN Beting Maro. Kalau tak percaya tengok bangunan berhadapan Sekolah Menengah Petra Jaya. Kepada Ketua Menteri tolong ambil berat masalah orang Islam Sarawak.
TAKWIN : Marhalah Pembinaan
Posted in 1 on December 28, 2009 by Abu Azzam
Takwin Fardil Muslim تكوين الفرد المسلم
Takwin ialah marhalah yang lebih khusus dari ta’arif. Ahli di peringkat ini telah memiliki asas ilmu dan fikrah, asas syakhsiah dan asas iltizam . Mereka adalah ahli yang telah berbai’ah. Di awal marhalah, mereka berada di aras kefahaman dan penghayatan. Mereka mestilah diproses ke arah aras keyakinan.
Read more »
Semangat Membantu Mangsa Kebakaran.
Posted in 1, Sarawak, Umum on December 25, 2009 by Abu AzzamTahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Warisan kerana membantu mangsa membina semula perniagaan yang musnah. Terima kasih dan penghargaan juga patut diberikan kepada Bomba kerana bertungkus lumus semalaman membantu mengawal kebakaran dari merebak ke seluruh lot bangunan rumah kedai. Diharap niat untuk menganti bangunan yang musnah dapat dipercepatkan. Cuma di situ ada sebuah Masjid yang perlu dijaga, aku sebagai Umat Islam mengharap semoga pihak kementerian tidak menjadikan masjid kami sebagai tapak warisan yang mana, kami hanya dapat melihat tapaknya tetapi tidak dapat merasai/beribadah didalamnya. Sambungan artikel dari Borneo Post.
Kebakaran di Gambir Road
Posted in 1, Aktiviti, Sarawak, Umum on December 23, 2009 by Abu Azzam
Kuching pada hari ini sesak selepas satu kebakaran berlaku di Jalan Gambir. Kebakaran bermula pada kira-kira pukul 8.30mlm semalam. Menurut rakan aku yang bertugas di Masjid India, semalam sebelum kebakaran berlaku, selesai saja solat Isyak beliau bersama rakan keluar dari Masjid India untuk makan di kawasan sekitar. Sebaik keluar asap sudah mula menyelubungi kawasan sekitar.
Walaupun begitu mereka tetap meneruskan niat untuk pergi makan kerana menyangka ada orang yang sedang membakar sampah. Sebaik sampai dikedai makan barulah beliau diberitahu api telah merebak dan terpaksa berpatah balik ke masjid. Bomba telah sampai sebaik saja mereka berada ditapak kejadian. Di Masjid India beberapa orang jemaah sibuk membuat solat hajat memohon keselamatan. Selepas itu barulah angin mula bertiup menyebabkan api bergerak menjauhi masjid dan hujan mula turun selepas itu. Usaha memadam api oleh bomba berlanjutan sehingga aku sampai pada pukul 10.30pagi tadi.
KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E MACAM HILANG KOTAK MANCIS
Posted in 1, Politik, Umum on December 22, 2009 by Abu AzzamUSTAZ IDRIS HAJI AHMAD
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
21/12/09
PAS merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah. Ia pula dibawa ke luar negara, bukan dijual kepada peniaga besi buruk Kampung Chu Badak Sentul.
Pas yakin jenayah ini mesti melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti. Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing. Peristiwa ini adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun ke setahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56. Sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahananya kepada rakyat dan negara. Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sesebuah negara.
Khabar dari Lingga
Posted in 1, Aktiviti, Sarawak, Umum on December 21, 2009 by Abu AzzamDua minggu yang lepas kalau tak silap, aku berbual-bual dengan kawan aku yang berasal dari Lingga Sri Aman. Seperti biasa kami berbual-bual berkenaan tugas masing-masing sambil tu bab politik tidak di lupakan. Cumanya sambil berbual tu, aku teringat gambar notis larangan menangkap terubuk yang dia bagi kat aku. Memang rasa tak berbaloi kalau tak tau sejarah bagaimana boleh berlaku sekatan dan larangan tersebut.
Dari cerita yang dia khabarkan, dulu memang sungai Lingga tu tempat Ikan Terubuk bertelur dan ikan tu mula berkurang bila perusahaan menternak udang dalam sangkar dijalankan disebelah ulu sungai. Tauke yang menternak udang tu letak ubat untuk mengelak ikan kecil(anak terubuk) dari makan, makanan udang dalam sangkar dan semenjak tu ikan mula berkurang. Pihak Jabatan Pertanian dulu memang ada melepaskan benih anak terubuk disungai dan sekarang tak ada pulak katanya.
Apapun yang berlaku nasib rakyat cuma bergantung kepada agensi yang terlibat, kalau produktif, produktif le hasilnya. Bagaimana rakyat adakah tidak berwakil…kalau dah tau puncanya siapa yang perlu bertindak..inilah nasib rakyat. Kisah dulu yang berkaitan (Perkara Ajaib di Sarawak)
TUDM taraf workshop tepi jalan
Posted in 1, Umum on December 21, 2009 by Abu AzzamBerita kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta amat memalukan aku dan seluruh rakyat Malaysia. Tapi apakan daya aku ni orang biasa, tak kuasa nak buat apa-apa…bak kata orang Sarawak iboh gago-gago, mun gago bukanya dapat apa-apa. Kalau begitulah sikap rakyat maknanya apa guna belajar sampai Universiti lebih baik belajar setakat sekolah rendah, yang penting dapat makan, minum dan beranak pinak. Mudahnya kalau hidup seperti itu, tiada peduli tanggungjawab sebagai manusia…kalau muslim tanggunjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sudah pasti tidak dipedulikan. Maka hilanglah ciri-ciri umat terbaik dikalangan manusia. Mmm..aku bukan seperti itu, aku manusia dikurniakan akal, aku harus terus berkerja kerana itu aku baca harakah…sebab apa? sebab UMNO perosak rakyat dan negara.
Berikut artikel yang aku petik dari harakah daily.net
Read more »
Doa akhir tahun dan awal tahun
Posted in 1, Umum on December 17, 2009 by Abu AzzamDOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’
DOA TAHUN BARU HIJRAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’
Takkan Melayu Hilang di Dunia?
Posted in 1, Politik, Umum on December 15, 2009 by Abu Azzam
Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
p/s Sokonglah UMNO kalau nak rugi dunia, rugi akhirat.
Peringatan Untuk Muslim
Posted in 1, Umum on December 13, 2009 by Abu AzzamMULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT (AWAS ! Kod E100 – E920 )
1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481
Sumber dari berjuang itu manis.blogspot.com
Royalti Minyak : Najib Derhaka Wasiat Bapanya
Posted in 1 on December 12, 2009 by Abu AzzamPada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.
Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004. Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.
Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan. Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya. Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya.
Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975. Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan.
Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan. Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.
Ust. Idris Ahmad Ketua
Penerangan PAS Pusat











