Jawapan Presiden PAS kepada UMNO

Posted in 1, Akidah, PAS, Politik, Prinsip, Umum on December 11, 2015 by Abdullah

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437 M

“Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah”

1) Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

2) Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

3) Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana – mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.

4) Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

5) PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.

6) PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Kenyataan Media Presiden PAS

Posted in 1, Politik, Sarawak on July 22, 2015 by Abdullah

PAS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN SARAWAK

Negeri Sarawak telah melalui pelbagai era pentadbiran dari Kesultanan Brunei (termasuk Sultan Tengah) sehinggalah kepada tiga kuasa penjajah Keluarga Brooke (1841-1941), Jepun (1941-1945) dan British (1941-1963). Detik penentangan ini bermula sejak British mengkhianati Piagam Atlantik (1941) kerana banyak hak-hak serta hasil Sarawak tidak dipulangkan selain perluasan wilayah tanpa persetujuan serta penyalahgunaan kuasa perairan. Detik kebangkitan rakyat paling dirasai sejak peristiwa Duncan Steward, Gabenor British di Sarawak dibunuh oleh wira Sarawak Rosli Dhobi.

Saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Sarawak daripada penaklukan penjajah. Tarikh 22 Julai 1963 merupakan suatu tarikh penting bagi negeri Sarawak dan rakyat Sarawak sendiri.

Sejarah lampau ini patut menjadi pengajaran kepada Kerajaan Pusat BN agar tidak meminggirkan rakyat Sarawak dalam arus pembangunan dan sewajarnya Kerajaan Pusat menaikkan royalti petroleum kepada 20 % yang patut diperolehi oleh negeri-negeri pengeluar bahan penting ini, termasuklah Sarawak.

PAS sangat menghormati sikap toleransi antara kaum dan agama di Sarawak, di mana toleransi seperti ini perlu diteruskan dan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia. PAS juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri atau Persekutuan wajar mengadakan suatu sambutan khusus bagi memperingati tarikh tersebut agar generasi akan datang tidak mudah melupai sejarah penting ini serta mempertimbangkannya sebagai Cuti Umum untuk Negeri Sarawak.

“Untukmu Sarawak, Beristiqamah Hingga Kemenangan.”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
6 Syawal 1436/ 22 Julai 2015

GST

Posted in 1 on April 21, 2014 by Abdullah

GST akan dilaksanakan pada 2015…nak bantah atau tunggu 2015 untuk benar ke tak maklumat tersebut…ok macam ni…nak tunggu kepala terhantuk baru nak terngadah…..nanti harap penyokong bn tak mengamok….bila duit kering sebelum sampai hujung bulan….keh…keh….keh…

image

image

image

Penipu tak cerdik, Cuma ada iktiar untuk lari dari tanggungjawab.

Posted in 1 on February 16, 2014 by Abdullah

image

image

Malaysia Terbaik Urus Banjir

Posted in 1, Mabuk, Politik, Umum on December 5, 2013 by Abdullah

image

image

image

Biar gambar berbicara….keh…keh..keh

Terang Dan Nyata Boros

Posted in 1 on October 2, 2013 by Abdullah

image

Laporan Audit bukti BN boros…Berhibur dengan K pop maksiat.

Perancangan Syiah di Malaysia

Posted in 1, Akidah, Politik, Prinsip, Umum on September 24, 2013 by Abdullah

Dari FB Ustaz Zahazan Mohamed

Strategi Syia di Malaysia Ini adalah penjelasan ttg target syiah dalam masa 20 th di Malaysia.. 

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sEkang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah

10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

#‎Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam..Unlike·Comment·Share·Follow