Sepanjang Hari Jumaat


Pagi dilalui seperti biasa, tiada yang menarik cuma melengkapkan rutin harian. Bergegas menghantar isteri berkerja dan singgah sebentar untuk fardu Jumaat.

Sampai di Masjid….rupanya Ust Salleh yang akan berkhutbah..terkenang Ust Salleh semasa di Kota Samarahan. Pasti menarik khutbah hari ni.

Tajuk semasa selsema babi…kesimpulannya kita umat Islam diuji atau diberi bala oleh Allah S.W.T..kita di seru bertawakal dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

Khusus untuk masyarakat setempat ada lagi yang lebih bahaya. Kegilaan anak-anak dan remaja kepada pil khayal. Disamping penjualan arak di kedai Lim Kim Soon kepada remaja/orang Islam.

Para hadirin ditanya apa peranan Polis, DBKU, pihak berkuasa dan para hadirin. Setiap kita perlu bertanggunjawab/ada kuasa sebagai pendesak/mengejutkan Polis, DBKU dan pihak berkuasa supaya bertanggungjawab.

Lama tak dengar khutbah yang sesuai mengikut waqi’. Inilah peranan Khutbah..mengingat dan mengajak kepada kerja-kerja Islam terutamanya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..Wallahu Akhlam.

Petang berlalu seperti biasa.

Abu Azzam

Comments are closed.

%d bloggers like this: