Selamat Datang Ramadhan


Salam Ramadhan.

Teringat masa kecil bersama keluarga di Kampung Ajibah Abol..suasana kekeluarga amat terasa sekali. Dulu kiri dan kanan semuanya saudara mara..buka tingkap tengok Wa Putit sedang sidai kain..Bila petang semua rakan sebaya berkumpul di kedai Nek Aji Tomi..bila Ramadhan tiba maka ramai yang akan mula buka gerai kecil..sebab inilah masanya untuk kumpul duit raya.Masyarakat menyambut Ramadhan umpama pesta untuk bersiap-siap untuk raya.

Malam pertama Solat Tarawikh seperti biasa ramai yang hadir..dan yang hadir kebanyakan golongan tua..yang muda sibuk dengan urusan dunia masing-masing.  Orang tua dulu-dulu memang kuat didikan agamanya..contoh yang paling dekat ialah arwah Nek Aji Usop dan Nek Aji Leda(atuk & nenek sebelah emak)..sebab setiap waktu memang selalu ke surau. Sebelah bapa pun serupa..cuma sejak tahun awal 80an orang kampung mula menghantar anak-anak ke luar negara..UK..London dan sebagainya.. budaya berhibur ditingkatkan. Antaranya bermain mercun..bunga api..dan macam-macam yang sejenis dengannya. Lain-lain hiburan lama dikekalkan dan dicampur dengan budaya baru..maka sekarang kita sudah melihat hasilnya. Dan aku sendiri termasuk dalam golongan tersebut..gembira memang gembira..tapi cuma seketika.. Malam-malam puasa juga di isi dengan Majlis Tadarus Al-Quran..Kebanyakan yang hadir budak-budak sekolah menengah dan rendah. Aku ikut serta..maka Tadarus tinggal Tadarus kerana pengisian dan kefahaman Islam tidak di didik…jadi sekadar bacaan dan akhir bulan Ramadhan maka dapatlah habuan dari surau. Seorang RM10…dan paling banyak RM30.

Cuma kelebihan kepada aku, arwah ayah daftar supaya belajar di Madrasah Assabiah di Masjid Bahagian Kuching pada waktu tu Masjid Negeri. Arwah ayah memang tegas sebab waktu kecik bila tengok je main tongko pasti kena marah. Tongko ni permainannya mirip kepada judi..dalam permainan ni patung kecil dikumpul dengan berapa banyak seorang nak letak. Dulu kalau menang kadang-kadang sampai satu tin besar Melo.. balik je arwah ayah ambik bakar atau buang. Tapi biasalah bila dah kena macam tu terpaksalah main sembunyi-sembunyi. Sekarang baru sedar marah arwah ayah dulu memang bertempat..semoga Allah tempatkan arwah ayah bersama mereka yang soleh.

Pagi sekolah seperti biasa dan petang pula belajar di Madrasah. Tapi antara yang  tak disangka bila satu hari arwah ayah lambat datang jadi terpaksa le menunggu dari pukul 4.30ptg hingga 6.30ptg. Masa tu org kampung sibuk pergi ke kubur baca Surah Yasin dan bila selesai je anak-anak yang mak ayah kat masjid le yang untung..hari tu kocek baju melayu penuh dengan duit syiling..Alhamdulillah rezeki.

Masa pantas berlalu..yang pergi tak akan kembali..dan Ramadhan datang lagi. Terasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana rupanya aku telah di beri peluang untuk membersihkan diri dan mendidik hati sama ada baik atau buruk pilihan hati.  Sejarah dan kesilapan masa lampau perlu di muhasabah kerna orang yang bijak belajar dari kesilapan sendiri atau orang lain.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat kepada sekalian alam, Nabi berperang dibulan Ramadhan dan sekarang umatnya berpuasa dalam keadaan tenang dan tenteram. Dan menjadi kewajipan umat Islam mempertahankan ketenteraman dengan tidak memberi peluang kepada musuh Islam untuk merosakkan dan menyekat Islam dari berkembang pada hati-hati yang bersih dan sejahtera.

Abu Azzam.

Comments are closed.

%d bloggers like this: