Hasil Kemerdekaan Negara (52 tahun)


Pembabitan pelajar IPTA dan IPTS

MIRI: Pembabitan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di negeri ini dalam kancah dadah termasuk pengedaran dan penyalahgunaan dadah menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh dua tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superitenden Moses Agat memberitahu, polis menahan seramai 57 pelajar dalam tempoh tujuh bulan ini (Januari hingga Julai) berbanding 31 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Mereka didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Statistik menunjukkan ke-naikan sebanyak 83 peratus,” jelasnya kepada media semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri petang semalam.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohmad Salleh dan Ketua Polis Daerah Miri (KPD) ACP Jamaluddin Ibrahim.

Di bawah akta berkenaan, 46 ditahan dibawah Seksyen 15 (1) (a), empat masing-masing bawah Seksyen 4 dan Seksyen 12 (2) sementara tiga bawah Seksyen 39 A (1).

Tempoh sama tahun 2008, 26 ditahan bawah Seksyen 15 (1) (a), tiga bawah Sek-syen 12 (2) dan dua bawah Seksyen 6.

“Kita menahan seramai 48 pelajar sepanjang tahun lalu. 41 ditahan dibawah Seksyen 15 (1) (a) dua bawah Seksyen 6, empat bawah Seksyen 12 (2) dan seorang bawah Sek-syen 3(1) APD (R&P) 1998,” jelasnya.

Menurut Moses lagi, jumlah tangkapan kes berkaitan dadah dalam tempoh tujuh bulan ini meningkat 12 peratus iaitu 1,859 kes berbanding 1,647 kes tempoh sama tahun lalu.

Jumlah tangkapan me-ningkat dari 2,056 pada tahun ini berbanding 1,829 pada tahun lalu.

Kesemua kes disabitkan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebanyak 2,635 kes berkaitan dadah dengan 2,903 tangkapan dilaporkan sepanjang tahun lalu bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Ia termasuk 10 kes de- ngan 17 tangkapan di bawah Seksyen 39B, 59 kes dengan 94 tangkapan di bawah Seksyen 39 A akta sama,” jelas-nya.

Mengulas tentang operasi serbuan di pusat hiburan, polis menahan seramai 4,191 orang dalam 300 serbuan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Daripada jumlah itu 291 didapati positif saringan awal polis berbanding 342 pada tahun lalu daripada 3,545 yang ditangkap dalam 302 serbuan.

“Kita telah membuat se-banyak 481 serbuan sepan-jang tahun lalu. Kita menangkap seramai 6,276 orang dan daripada jumlah itu, 580 adalah positif saringan awal polis,” jelas Moses.

Sementara itu, seramai 20 orang telah diambil tindakan di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dalam tempoh Januari hingga Julai yang menunjukkan peningkatan 33 peratus berbanding 15 orang pada tahun sebelumnya.

Sepanjang tahun lalu, seramai 36 ditahan di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Tentang Perlucuthakan Harta, sebanyak 30 kes dilaporkan dengan jumlah nilai harta disita RM911,163.73 berbanding 21 kes dengan jumlah nilai harta disita RM2,709,254.05 dalam tempoh bulan Januari hingga Julai tahun 2008 dan 2009.

Moses memberitahu, sepanjang tahun 2008, sebanyak 43 kes dilaporkan dengan jumlah harta disita sebanyak RM3,459,352.83.

Dipetik dari Borneo Post

Tiada yang lebih menyedihkan dari melihat pemuda-pemudi pimpinan masa akan datang tidak tahu menghayati tujuan hidup sebenar. Hari Kemerdekaan di hiasi dengan program hiburan dan inilah hasilnya. Hiburan di alam fantasi suka berkhayal dan dadah digunakan untuk mengalahkan Akedemi Fantasia. Saya melihat seorang kawan sekampung sedang duduk menghisap gam. Tiba-tiba dia berkata “Lid ke tepi, aku nak lipat jalan tuk” dan pernah juga dua orang bercerita ” Kacau heng betul si ajit(bukan nama betul) aku baru nak tarik bulan dia pun nak tarik jugak”. Berkhayal sehingga urusan negara/ mengundi pun tak tahu.. apalagi urusan untuk mati/akhirat. Dunia rugi akhirat pun rugi kalau tak sempat bertaubat. Kesian..kesian dan kesian…

Abu Azzam

Comments are closed.

%d bloggers like this: