Produk Tok Guru Tiada Kaitan Lagi Dengan Maahad Tahfiz NikmatiLlah.


Pengumuman Khas

Assalamu ‘alaikum wa rahmatuLlah,

Adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa mulai Ogos 2009, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka, Kota Bharu, telah KELUAR daripada syarikat Saffron Integrated Marketing, sebuah entiti perniagaan yang mengeluarkan dan memasarkan produk atas jenama ‘TOK GURU’ sebagai penasihat dan penaung kepada projek sumbangan dana kepada Maahad dan beberapa sekolah ugama yang lain di seluruh negara.

Dengan ini, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah tidak boleh lagi dikaitkan dengan perniagaan dan jenama tersebut.

Demi meneruskan kelangsungan usaha murni ini yang telah mendapat sokongan penuh kedua – dua tuan guru ( TGNA dan TGHH ) melalui kesudian melancarkan produk syarikat di Pulau Melaka dan Rusila suatu ketika dulu, serta sokongan padu segenap lapisan masyarakat, di samping kejayaan membantu sekolah – sekolah ugama berkaitan, saya dan rakan – rakan yang prihatin akan memulakan pemasaran produk di atas nama syarikat dan jenama yang baru dalam masa terdekat, insya Allah.

Semoga diberkati Allah. Semoga diperkenan khalayak.

Adalah saya dengan ini memaklumkan.

( nik mohamad abduh bin nik abdul aziz )

p/s Semoga pemasaran produk jenama yang baru dapat di percepatkan supaya bantuan dana untuk sekolah ugama yang berkaitan dapat diteruskan.

Burger KingStarbucks

Mari boikot dua produk tersebut.

Abu Azzam

Comments are closed.

%d bloggers like this: