Taib tegur pengkritik


Ketua Menteri ajak rakyat renung usaha-usaha kerajaan selama ini

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegur sikap segelintir pihak yang menurut beliau hanya pandai mengkritik kelemahan kerajaan tanpa merenung usaha-usaha kerajaan selama ini demi kebaikan bersama.

Menurutnya, rakyat negeri ini seharusnya bersyukur dan berasa bangga kerana memiliki pemimpin yang sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat dan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan penderitaan rakyat.

Taib berkata, perkara penting yang berlaku ketika ini adalah berkaitan dengan keadaan cuaca dunia yang telah berubah sehingga membawa pelbagai masalah kepada manusia dan rakyat Sarawak tidak terkecuali.

“Di Sarawak kita telah dilanda masalah jerebu dan kemarau panjang selepas kita mengalami banjir besar yang banyak merosakkan harta benda. Banyak mangsa menderita tetapi dengan bantuan kerajaan kesusahan dialami rakyat dapat dikurangkan.

“Oleh itu, renunglah apa yang telah dilakukan kerajaan kita untuk kita demi manfaat kita bersama. Jangan hanya mengkritik kerajaan sahaja seperti yang dilakukan sesetengah pihak,” katanya dalam perutusan beliau sempena Hari Raya Aidilfitri 2009.

Taib berkata, keamanan yang dikecapai rakyat hari ini adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu dan harus dipelihara supaya keamanan kekal, sekali gus membolehkan rakyat menyambut setiap perayaan dengan meriah.

Taib menambah rakyat negara ini amnya dan Sarawak khasnya sangat beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kelayakan sebagai seorang pemimpin dan sentiasa mengambil berat masalah rakyat.

“Beliau (Najib) sentiasa mencari jalan dan langkah-langkah membina untuk membantu rakyat tanpa mengira keturunan dan latar belakang agama. Tujuannya hanya satu mengurangkan beban rakyat,” ujar Taib sambil menambah semenjak beberapa tahun lepas kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk mengatasi kesusahan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri telah berbelanja lebih dalam berbentuk ‘perbelanjaan kecemasan’ untuk rakyat bagi mengurangkan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Dalam perutusannya itu Taib turut berkata selama 46 tahun negeri ini menyertai Malaysia, Sarawak telah mengecapi pelbagai ‘keuntungan besar’ terutama daripada segi peruntukan ekonomi daripada kerajaan pusat.

“Peruntukan yang diterima itu telah membantu meningkat serta merancakkan pembangunan negeri ini, lebih-lebih lagi daripada segi kemudahan asas dan infrastruktur, seperti jalan raya yang menjadi penghubung antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Secara tidak langsung ekonomi penduduk akan bertambah baik,” katanya.

Justeru, katanya, rakyat harus bersyukur dengan segala yang dikecapi sekarang kerana walaupun berdepan pelbagai musibah, Hari Raya Aidilfitri masih dapat diraikan dalam suasana aman dan selesa.

“Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan semoga hari lebaran tahun ini memberi makna kepada kita semua,” katanya.

dipetik dari Borneo Post.

p/s Inilah usaha-usaha BN untuk rakyat selama ini

Penubuhan 1Malaysia F1 Team
Penubuhan 1Malaysia F1 Team

DUN LAMA
DUN S’wak yang lama masih elok tapi…

DUN Baru
Sampai hati Taib buat DUN baru…dan rakyat

Rumah daif di Meludammasih ada yang daif

sebab kerajaan BN membazir

Comments are closed.

%d bloggers like this: