Harta yang Halal

Rasulullah SAW bersabda :\”Akan tiba suatu zaman di mana orang tidak peduli lagi terhadap harta yang diperoleh, apakah ia halal atau haram.\” (HR Bukhari). Empat belas abad lebih, setelah Rasulullah menyatakan hadis ini, kini kita sedang menyaksikan sebuah kenyataan di mana orang sangat berani melakukan korupsi, penipuan, perampokan, perjudian, dan sebagainya. Banyak orang yang menjadi korban karenanya. Continue reading “Harta yang Halal”

Advertisements

Pembuangan 14 Keping Kad Pengenalan?

KENYATAAN MEDIA

(5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430)

No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09)

TAJUK

TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGAN 14 KEPING KAD PENGENALAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SANGAT DIKESALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menyerahkan memorandum kepada Yang Berbahagia Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor pada 19 Ogos 2009 berkaitan dengan satu laporan polis yang pernah dibuat oleh Encik Za’aba Bin Haji Ibrahim pada 8 Jun 2009 bahawa beliau telah menemui sejumlah 14 keping kad pengenalan di sebuah tempat pembuangan sampah haram SCDC bersama dengan beberapa perkara lain seperti kad perwakilan UMNO. Dalam pertemuan tersebut, saya telah diberitahu bahawa kes ini tidak disiasat oleh pihak polis dan kes ini telah diserahkan kepada Pejabat Pendaftaran Johor. Continue reading “Pembuangan 14 Keping Kad Pengenalan?”

Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M oleh: Hasrizal Abdul Jamil BA (Hons) SHARIA Mu’tah University, Jordan

Pengenalan

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

Continue reading “Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M oleh: Hasrizal Abdul Jamil BA (Hons) SHARIA Mu’tah University, Jordan”

Undi Pos Punca Peningkatan Undi Bagan Pinang

Undi pos bantu Isa menang

M Faqih
Wed | Oct 14, 09 | 10:08:40 am MYT

PENDAPAT

Benarkah petunjuk di Bagan Pinang kelmarin memberi gambaran total bukan Melayu telah kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN)?

Telahan itu dibuat setelah mengambil kira 1,387 daripada 1,870 pengundi India mengundi BN, dan hanya 483 pemilih mengundi calon PAS.

Lalu disimpulkan sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus di Bagan Pinang. Continue reading “Undi Pos Punca Peningkatan Undi Bagan Pinang”