Berita 1Malaysia F1 Lagi


Berita Terkini Memaparkan berita-berita terkini yang melibatkan Yang Berhormat Tuan Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Parlimen P194 Petra Jaya serta isu-isu yang berlaku di sekitar kawasan kita.

Tuesday, September 29, 2009

Kita perlu sumber tenaga efisien KUCHING 23 Sept. – Sumber tenaga hidro yang dibekalkan dari Sarawak ke Semenanjung masih tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan industri teknologi tinggi di negara ini pada masa hadapan. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, jumlah tenaga elektrik yang dihantar menerusi kabel bawah tanah itu akan menyusut dan ia tidak efisien untuk kegunaan industri berkenaan.

Menurutnya, Malaysia memerlukan sumber tenaga yang mencukupi, efisien dan stabil kerana sekiranya berlaku masalah bekalan tenaga dan ia dibekalkan secara tidak konsisten, ia boleh merosakkan beberapa peralatan industri yang sensitif. “Justeru kita memerlukan sumber tenaga yang cekap bagi sektor utama di kawasan industri teknologi tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau diminta mengulas perkembangan penggunaan teknologi nuklear di negara ini selepas ditemui pada majlis rumah terbukanya di Jalan Sultan Tengah di sini. Fadillah memberitahu, secara dasarnya Kabinet telah bersetuju untuk menjadikan nuklear sebagai sumber alternatif negara.

Bagaimanapun ujarnya, kementeriannya bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih belum memuktamadkan kertas kerja berkenaan. “Sesudah ia dimuktamadkan, kita akan mengemukakan kertas kerja itu kepada Kabinet untuk diluluskan,” jelas beliau.

Sementara itu, Fadillah memberitahu, kementeriannya sedia bekerjasama dengan Petronas dari segi kepakaran membentuk pasukan lumba kereta pertama negara, 1Malaysia supaya ia dapat menjadi pasukan yang mantap.-

Utusan Malaysia (24.09.09) posted by Pusat Khidmat P194 Petra Jaya # 9/29/2009 12:37:00 PM

p/s Masalah kekurangan sumber tenaga tak selesai lagi.  Tapi sanggup pulak berbelanja untuk  Fomula 1.. pelik dan memang pelik.

Comments are closed.

%d bloggers like this: