Umno Lacur Dan Perlekeh Sistem Perundangan Negara. Isa Samad Masih Kotor Rasuah.


Penubuhan 1Malaysia F1 TeamPM Najib dari Paris berbohong di hadapan pelajar dan rakyat Malaysia kerana isytiharkan Isa bebas rasuah kerana sudah dihukum. Tindakan hukuman yang dilakukan oleh badan disiplin Umno yang telah berjaya membuktikan Isa Samad bersalah melakukan rasuah adalah tidak sah dari segi perundangan Malaysia. Najib dan UMNO Berbohong dan menipu rakyat kerana kepentingan kerusi.

Siapa Umno?

Umno bukanlah badan yang telah diamanahkan untuk menjatuhkan hukuman bagi pihak rakyat Malaysia yang bersalah kerana rasuah. Kalau ya pun Isa dihukum ianya hanya dihukum mengikut undang-undang Umno sahaja dan bukan undang-undang Malaysia. Isa dihukum bawah kanun mana? Seksyen berapa? Seksyen 17 atau syeksen 23 Shah Alam? Dalam hal ini jelas Umno bukan sekadar menghina sistem perundangan Negara malah melacurkannya mengikut keselesaan dan kesesuaian Umno sendiri.

Umno bersalah.

Umno bersalah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan Umno melindungi pesalah yang telah terbukti salah dan tidak menyerahkan Isa kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Kenapa? Kalau begitu, bubarkan saja Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan tugas mencegah rasuah dan menghukum perasuah boleh diambil alih dan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Umno Malaysia.

Kenyataan Najib jelas membuktikan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak telus dan tulus dalam melaksanakan undang-undang kerana masih tertakluk kepada telunjuk Umno.

Jika Umno kata tak boleh hukum, maka Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak boleh bertindak dan melaksanakan kerja pembersihan rasuah Negara. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diberikan lesen menangkap perasuah seperti mana lesen tangkapan ikan laut dalam yang diberikan Jabatan Perikanan Negara kepada nelayan. Boleh tangkap itu ikan tapi ikan jenis A di kawasan A dilarang kerana ikan-ikan ini di bawah perlindungan Umno.

Sistem Perundangan Macam Bubur Cha Cha Kerana Umno.

Undang-undang Malaysia dijadikan seperti Bubur Cha Cha oleh Umno yang jelas melaksanakan perlembagaan mengikut kesesuaian dan keselesaan Umno. Dengan lain perkataan, hukuman yang dikenakan terhadap Isa oleh Umno tidak sah dari segi perundangan dan perlembagaan Malaysia dan hanya laku untuk ahli Umno sahaja dan bukan sah

Isa samad Masih Kotor Rasuah

Is a Samad perlu ditolak bukan kerana “ayam tuo” tetapi kerana Isa Samad masih lagi kotor dan belum dibersihkan oleh sistem kehakiman dan perlembagaan Malaysia yang sebenar. Isa wajib dihukum dalam mahkamah rakyat di Bagan Pinang. Rakyat di Bagan Pinang diseru supaya menghukum Ayam Tuo Isa Samad kerana kesalahan rasuahnya. Umno perlu dihukum kerana telah menghina dan mencabul sistem perundangan Negara disamping kesalahan melindungi perasuah dan mengganggu tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bagan Pinang harus ingat bahawa RASUAH adalah sama bahayanya dengan ISANAMI. Ia harus dan wajib ditentang dan disekat kemaraannya yang bakal mengundang kemusnahan total kepada Negeri Sembilan dan Malaysia nanti.

di petik dari Sinar Hairan

Comments are closed.

%d bloggers like this: