Budaya Samseng


Benkak N-31 Bagan Pinang: Samseng UMNO Buat Gila Babi Lagi..!

Yesterday at 11:48pm
Petang tadi, telah berlaku satu Insiden pergaduhan yang melibatkan petugas PAS dan juga Petugas UMNO di Taman Dato’ Hj. Abdul Samad, berhampiran dengan taman permainan.

Mangsa Mohd Sahid, dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang setelah dikepung oleh hampir 100 orang pemuda UMNO ketika kejadian berlaku di Taman berkenaan.

Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri telah dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dengan mengepungnya beramai-ramai dan para Pemuda UMNO berkenaan telah bertindak memukul beliau beramai-ramai sehingga mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.

Beliau juga telah dibawa ke Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan.

Selepas itu, bertempat di Markaz Induk PAS, YB Salahuddin Ayub telah mengadakan satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan Beliau berhubung apa yang berlaku.Mangsa juga telah membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.

Kejadian pada awalnya berlaku susulan dari kejadian pada tengahari tersebut dimana para Pemuda UMNO telah merampas motorsikal milik adik kepada pemuda PAS (Mohd Sahid) tersebut. setelah diberitahu oleh adiknya kejadian tersebut, Mohd Sahid telah bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengambil kembali motorsikal milik adiknya yang telah disimpan didalam salah satu markas UMNO disitu.

Ketika beliau cuba membawa motorsikal adiknya dari tempat tersebut, Pemuda UMNO yang berada di situ yang berjumlah hampir 100 orang telah bertindak mengepung beliau seterusnya memukul beliau beramai-ramai sebelum beliau sempat melarikan diri.

Agaknya virus selsema babi masih belum hilang lagi di Bagan Pinang dan aku dapat rasakan virus-virus tersebut masih berada didalam tubuh badan Pemuda-Pemuda UMNO berkenaan. virus-virus inilah yang telah mengakibatkan Pemuda UMNO mudah hilang kawalan diri…

Elok UMNO buat sesuatu sebelum virus tersebut menular ke Wanita UMNO dan juga Puteri UMNO… aku risau kalau orang perempuan berbaju merah dan pink masuk hantu… bahaya sangat-sangat…

oleh Topeng Merah Unmusked

Comments are closed.

%d bloggers like this: