Demak Laut Industrial Park


Letih bila memikirkan isu politik dan persekitaran Malaysia yang tidak pernah tenang dengan pelbagai penyalagunaan kuasa dan aku yakin sebabnya masalah timbul kerana yang memimpin sombong dan angkuh/enggan menerima tuntutan Islam yang syumul. Ramai yang yang mengaku bijak tetapi membiarkan saja otak menjadi tumpul kerana malas memahami tuntutan politik dan Islam itu perlu selari. Ada yang asyik berhujah dan beralasan kita patut bersyukur dengan keamanan dan tak kurang jugak yang mengata politik itu kotor tanpa berusaha untuk membersihkan persekitaran politik itu dengan nilai-nilai Islam.

Masa terasa singkat walaupun bertahun berada disini, perubahan fizikal demak laut yang berlaku pun, sampai tak perasan. Biasa manusia mudah lupa dan alpa. Disini aku sertakan tawaran Demak Laut Industrial Park bagi sesiapa yang nak jadi tauke.

Semoga ramai tauke muslim mampu berniaga di sini.

Comments are closed.

%d bloggers like this: