Mengingati Rasulullah s.a.w


Pada saat akhir kehidupan Rasulullah amat mengesankan dan mengharukan bagi umatnya. Selain dari seorang Nabi dan Rasul Allah yang bertugas menyampaikan Risalah-Nya kepada umat manusia, Rasulullah juga seorang Mujahid dan pemimpin negara Islam Madinah yang terus-menerus memperjuang dan membela agama Allah sampai detik-detik terakhir hayatnya.

Kecintaan Rasulullah kepada umatnya berterusan sampai kepada denyut jantungnya yang terakhir, dari pesanan Rasulullah kepada sahabat yang terdekat supaya umatnya terus-menerus berpegang kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w.

Apa yang dapat diperhatikan pada hari ini betapa pesanan itu semakin jauh dari umat Islam. Mujur bagi umat Islam bahawa pewaris Rasulullah itu berselerak di seluruh dunia untuk meneruskan keaslian dan kesucian Islam. Begitu juga di Malaysia bagaimana Ulama pewaris Ilmu Rasulullah s.a.w difitnah dan betapa kebenaran Islam itu ditentang untuk mengekalkan maksiat yang mereka lakukan.

p/s 50 tokoh berpengaruh didunia Islam 2009

Comments are closed.

%d bloggers like this: