Cerdik ke tak cerdik?



PENUNJUK perasaan mengadakan demonstrasi secara aman mendesak Nik Aziz agar meletak jawatan di luar pekarangan Kompleks Kerajaan Kota Darul Naim, semalam.

Gambar dipetik dari Berita Harian

(Tajuk:Demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf )

Aku ditanya rakan sekerja, apa hal dengan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Aku kata sepatutnya setiap setesen TV perlu dengar penjelasan Tok Guru secara langsung dengan membuat temubual secara langsung. Kalau artis mereka boleh kejar dan terjah untuk dapat jawapan sebenar kenapa tidak Tok Guru seorang pemimpin dan MB. Ini isu besar dan tak rugi kalau Tok Guru di temubual kerana banyak yang kita boleh pelajari dari sikap Tok Guru sebagai Ulama.

Sepatutnya mereka yang buat demo merasa malu kerana Tok Guru sedang mempertahankan hak mereka sebagai rakyat kelantan. Dan kalau UMNO yang merancang semua ini maka ternyata memang tak cerdik tindakan tersebut sebab bukti sudah nyata Najib mengkhianati rakyat Kelantan. Jadi UMNO memperjuangkan Najib dan bukannya hak rakyat Kelantan.

Comments are closed.

%d bloggers like this: