Facebook Abang Johari tumpuan pengadu


Mengadulah masalah anda kepada YB sebelum dun dibubar tahun 2010 atau 2011.

KUCHING 6 Dis. – Laman Facebook Menteri Perumahan dan Perancangan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg kini menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadu masalah berhubung kesesakan lalu lintas di kawasan mereka.

Menurutnya yang secara rasmi memegang portfolio baru itu pada 1 Disember lalu, keadaan kini telah berubah iaitu masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan kerajaan bagi menyuarakan pendapat masing-masing. Justeru katanya, setiap pandangan masyarakat itu akan diambil kira kerana beliau mahu mengambil iktibar daripada kegagalan sistem perancangan bandar di tempat lain dengan mengambil langkah perlu bagi mengatasinya untuk manfaat rakyat Sarawak.

Malah, katanya, sebelum beliau mengambil alih portfolio baru itu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berpesan kepadanya supaya agenda perancangan bandar dilakukan dengan pendekatan mesra alam sekitar. ”Insya-Allah, ini cabaran saya. Saya minta diberi tempoh empat tahun supaya saya dapat menyelesaikan masalah bandar kita,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Memperkasa Wanita bertempat di PUSTAKA Negeri di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Abang Johari berkata, beliau akan berjumpa dengan agensi yang terlibat dalam perancangan bandar supaya dapat diadakan satu pelan bagi mengatasi masalah lalu lintas di Sarawak untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Tanpa mendedahkan sebarang kos yang diperlukan, ADUN Satok itu menjelaskan, sebagai permulaan, kawasan bandar besar seperti Kuching, Sibu dan Miri akan diberi keutamaan terhadap rancangan itu. ”Saya berharap dapat melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini setidak-tidaknya untuk penyelesaian jangka masa panjang,” jelas beliau. Sementara itu, Abang Johari memberitahu, ketika ini, beliau mempunyai keahlian seramai 2,000 pengguna mendaftar sebagai peminat. Beliau akan memperuntukkan masa pada sebelah malam untuk membalas komen-komen yang diberikan orang ramai. habis…

sumber Utusan Melayu.

Comments are closed.

%d bloggers like this: