Khabar dari Lingga


Dua minggu yang lepas kalau tak silap, aku berbual-bual dengan kawan aku yang berasal dari Lingga Sri Aman. Seperti biasa kami berbual-bual berkenaan tugas masing-masing sambil tu bab politik tidak di lupakan. Cumanya sambil berbual tu, aku teringat gambar notis larangan menangkap terubuk yang dia bagi kat aku. Memang rasa tak berbaloi kalau tak tau sejarah bagaimana boleh berlaku sekatan dan larangan tersebut.

Dari cerita yang dia khabarkan, dulu memang sungai Lingga tu tempat Ikan Terubuk bertelur dan ikan tu mula berkurang bila perusahaan menternak udang dalam sangkar dijalankan disebelah ulu sungai. Tauke yang menternak udang tu letak ubat untuk mengelak ikan kecil(anak terubuk) dari makan, makanan udang dalam sangkar dan semenjak tu ikan mula berkurang. Pihak Jabatan Pertanian dulu memang ada melepaskan benih anak terubuk disungai dan sekarang tak ada pulak katanya.

Apapun yang berlaku nasib rakyat cuma bergantung kepada agensi yang terlibat, kalau produktif, produktif le hasilnya. Bagaimana rakyat adakah tidak berwakil…kalau dah tau puncanya siapa yang perlu bertindak..inilah nasib rakyat. Kisah dulu yang berkaitan (Perkara Ajaib di Sarawak)

Comments are closed.

%d bloggers like this: