TUDM taraf workshop tepi jalan


Berita kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta amat memalukan aku dan seluruh rakyat Malaysia.  Tapi apakan daya aku ni orang biasa, tak kuasa nak buat apa-apa…bak kata orang Sarawak iboh gago-gago, mun gago bukanya dapat apa-apa. Kalau begitulah sikap rakyat maknanya apa guna belajar sampai Universiti lebih baik belajar setakat sekolah rendah, yang penting dapat makan, minum dan beranak pinak.  Mudahnya kalau hidup seperti itu, tiada peduli tanggungjawab sebagai manusia…kalau muslim tanggunjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sudah pasti tidak dipedulikan. Maka hilanglah ciri-ciri umat terbaik dikalangan manusia.  Mmm..aku bukan seperti itu, aku manusia dikurniakan akal, aku harus terus berkerja kerana itu aku baca harakah…sebab apa? sebab UMNO perosak rakyat dan negara.

Berikut artikel yang aku petik dari harakah daily.net

Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja.

Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis.

Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata,” kata Dr Lo’ Lo’.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya.

Dr Lo’ Lo’ dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu.

Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas.

Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.

Comments are closed.

%d bloggers like this: