Kebakaran di Gambir Road


Kuching pada hari ini sesak selepas satu kebakaran berlaku di Jalan Gambir. Kebakaran bermula pada kira-kira pukul 8.30mlm semalam. Menurut rakan aku yang bertugas di Masjid India, semalam sebelum kebakaran berlaku, selesai saja solat Isyak beliau bersama rakan keluar dari Masjid India untuk makan di kawasan sekitar. Sebaik keluar asap sudah mula menyelubungi kawasan sekitar.

Walaupun begitu mereka tetap meneruskan niat untuk pergi makan kerana menyangka ada orang yang sedang membakar sampah. Sebaik sampai dikedai makan barulah beliau diberitahu api telah merebak dan terpaksa berpatah balik ke masjid. Bomba telah sampai sebaik saja mereka berada ditapak kejadian. Di Masjid India beberapa orang jemaah sibuk membuat solat hajat memohon keselamatan. Selepas itu barulah angin mula bertiup menyebabkan api bergerak menjauhi masjid dan hujan mula turun selepas itu. Usaha memadam api oleh bomba berlanjutan sehingga aku sampai pada pukul 10.30pagi tadi.

Comments are closed.

%d bloggers like this: