Ada bau-bau provokasi dalam Isu Allah.


Bertenang kerana penggunaan nama Allah belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan lagi. Sekurang-kurangnya PAS masih waras dengan isu penggunaan nama Allah. Memang ada usaha untuk mengurangkan sokongan bukan Islam kepada Pakatan Rakyat. Kita tunggu dan lihat kalau ada operasi penangkapan besar-besaran keatas pemimpin Pakatan Rakyat, kalau ada.. memang le itu tujuannya.

Pemuda PAS seru semua pihak bertenang isu penggunaan nama Allah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyeru semua pihak bertenang dan tidak bertindak keterlaluan dalam isu penggunaan nama Allah sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, DPPP kesal dengan insiden provokasi pembakaran beberapa buah gereja yang akan menambah kekusutan dan akan menyulitkan lagi penyelesaian isu ini.

DPPP tegasnya sangat tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak selari denagn ajaran Islam yang suci.

“Tindakan menyerang gereja dalam isu ini, adalah tindakan yang tidak selari dengan Islam dan Pemuda PAS sangat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut,” katanya.

DPPP sebaliknya berpandangan semua pihak harus duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini.

“Islam sebagai agama yang adil mengajar kita duduk semeja berdialog dan berdiplomasi dalam menyelesaikan isu yang kita hadapi.

“Islam dengan jelas melarang keras umatnya memusnahkan rumah ibadat agama-agama lain dan Islam sangat menghormati kebebasan beragama di dalam masyarakat, katanya.

Tengah malam tadi, gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, dekat sini dibakar oleh pihak tertentu.

Harakhadialy difahamkan, polis masih menyiasat dalang yang terlibat dalam kes ini.

Comments are closed.

%d bloggers like this: