Muhyiddin Pembohong Besar, PAS Buktikan BN Memang Zalim


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.

Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang. 

Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.

PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat? 

BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.

Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakkan kezaliman mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments are closed.

%d bloggers like this: