Kegemilangan Pakatan Rakyat di Sibu


Sejarah dilakarkan di bumi Sibu dengan kemenangan memihak Pakatan Rakyat. Tahniah buat rakyat dan yang penting kezaliman BN perlu kita hapuskan bersama.

Berada di Sibu umpama kempen berat sebelah, apa tidaknya perang poster dikuasai oleh BN. Keberkesanan kempen kali ini terletak pada kesungguhan dalam memberi penerangan oleh jentera yang bertugas. Semangat setia kawan jelas antara PAS, DAP dan Keadilan.

Apa yang jelas berada di DUN Nangka, PAS bersama jenteranya telah turun bersemuka/bertentangan mata dengan pengundi dan ini antara faktor-faktor yang menghasilkan kemenangan. Berbeza dengan PRK Batang Ai jentera piliharaya Pakatan hanya tertumpu kepada ceramah umum dan kelompok. Tidak ada istilah hati ke hati antara jentera dan rakyat.

Rakyat sudah meluat dengan Politik tapi bagaimana untuk menarik semula semangat melawan mereka. Ketua Menteri memang dibenci cuma bagaimana kemenangan Pakatan dapat mengamankan mereka dari dizalimi.

Terima kasih buat petugas-petugas PAS kerana anda bertugas sehingga ke saat-saat akhir untuk Pakatan. Ya Allah berkatilah mereka dan limpahilah mereka dengan rahmatMu.

Oleh : Anak Sarawak

Comments are closed.

%d bloggers like this: