PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu
Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.
Semalam Barry Wain mempertahan fakta
bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan
turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah
menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;
“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya
Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa
yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri
telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan
menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Ini adalah satu alasan yang cuba
melindungi Mahathir dan kepentingan Umno.

Najib bersubahat dalam hal
ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
keran mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Sehingga kini Umno gagal menyangkal
dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah
hasil dari wang rakyat yang diselewengkan.

Malah dakwaan Wain bahawa
ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik
khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan
oleh mana-mana pemimpin Umno.

PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini
disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?
Rakyat menghargai sumbangan Mahathir,
tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.

Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja
dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh
Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau
miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua
Penerangan PAS Pusat

Comments are closed.

%d bloggers like this: