ADUN Pujut (Andy Chia) mengelabah dengan kewujudan PAS Miri.


Satu Kenyataan telah dibuat oleh ADUN Pujut berkenaan kewujudan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)/pembangkang di dalam Utusan Borneo 29 Jun.

Antara kandungan artikel Utusan Boneo tersebut.

“Miri: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Andy Chia semalam mendedahkan beberapa taktik kotor yang digunakan pihak pembangkang untuk memerangi hati rakyat, termasuk membuka Taman Asuhan atau TASKA dikawasan majoriti Bumiputra di sini.”

Dan ini kenyataan mengarut ADUN tersebut secara membuta tuli.

” Kita tahu ada beberapa TASKA di sini dibayangi parti politik daripada pihak pembangkang dan mereka menggunakan medium itu untuk menyampaikan dakyah termasuk memanipulasi isu sensitif” katanya.

Dan ketakutan ADUN tersebut dinyatakan dalam kandungan artikel tersebut.

“Andy, bagaimana pun berkata bahawa kehadiran Parti Islam Se-Malaysia(PAS) di Miri tidak memberi sebarang tekanan kepada BN”

P/s Kalau tak tertekan kau buat je kerja kau. Sekarang dah ada tukang tengok dan komen kerja kau..mana boleh tidur YB..dulu boleh tipu sekarang Pakatan Rakyat sudah ada…tidur pun tidak nyenyak.

Comments are closed.

%d bloggers like this: