Pendakwaan Liong Sik Buktikan Kewujudan Penyelewengan Kalangan Pemimpin BN

Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar. Ini sekaligus mengesahkan bahawa desakan Pakatan Rakyat yang mahu kes PKFZ ini dibongkar selama ini adalah benar dan memang wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan BN. Liong Sik yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000.00 di Pulau Indah.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukan lakonan ‘kejujuran’ Kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.

 

PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengatakan bahawa siasatan ke atas skandal PKFZ adalah “mencukupi” dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula. Malah kenyataan Cho Ha yang membenarkan pembayaran semula bon bernilai RM228 juta juga bercanggah dengan keadaan semasa dimana kes penyelewengan  PKFZ masih dalam perbicaraan mahkamah.

Di samping itu kerajaan akan melakukan kesilapan kedua jika melunaskan bayaran bon itu kerana syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, yang mengeluarkan bon tersebut telah dheret ke mahkamah oleh Pihak Berkuasa Zon Bebas (PKA) kerana membuat tuntutan berlebihan dan tidak menyiapkan kerja mereka seperti yang dijanjikan.

Kegagalan KDSB yang dimiliki oleh jutawan Datuk Tiong King Sing yang juga ahli parlimen BN menambahkan lagi kekusutan skandal PKFZ kerana sekaligus ia menyambung siri penyelewengan ke atas projek berkenaan. Ini menunjukan PKFZ merupakan sebuah projek khas bagi menyara pemimpin BN dan kroni mereka bermula dengan menipu untuk membeli tapak, kemudian menipu dalam proses perancangan dan penyediaan pelan serta menipu dalam proses pembinaan.

Bayangkanlah kerugian besar wang rakyat dalam projek ini yang pada asalnya dilaporkan hanya berjumlah RM RM1.957 bilion tetapi akhirnya didakwa meningkat kepada RM4.947 bilion, lebih dari dua kali ganda.

PAS mengesa agar kes ini terus dibuka untuk siasatan dan kerajaan tidak perlu membuat apa-apa bayaran lagi kepada mana-mana pihak yang terlibat selagi kes ini tidak diselesaikan di Mahkamah. Kes ini baru bermula dan Menteri Pengangkutan yang baru tidak berhak untuk menutup kes ini begitu sahaja melainkan jika beliau juga mempunyai kepentingan atau mahu menyelamatkan maruah BN.

PAS berharap rakyat membuka mata kerana pemimpin BN akan terus melakukan penipuan sebegini. Apa sahaja projek mega yang diumumkan mereka pasti ada ketirisan wang rakyat.

PAS juga berharap rakyat membuka mata kerana kes yang sama tidak mustahil akan berlaku termasuklah dalam kes pembangunan semula kampung Baru, Kuala Lumpur yang diwar-warkan kerajaan akhir-akhir ini.

Kerajaan sudah mengumumkan mahu membeli tanah-tanah penduduk dengan harga yang sangat murah sekitar RM 250-RM 300 sekaki persegi. Tetapi selepas itu mahu mengeluarkan bon projek bernilai tinggi yang kemudiannya projek itu akan dibangunkan oleh kroni mereka di dalam GABEM (Biro Ekonomi Umno) dan seterusnya disewa gadaikan kepada pihak ketiga dengan harga lebih 3 kali ganda dari nilai yang dibayar kepada penduduk.

Sebelum satu lagi fail skandal dibuka, PAS mengingatkan rakyat supaya menukar Kerajaan dalam Pilihanraya akan datang demi kebaikan mereka dan menyelamatkan wang negara.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Bidang Kuasa Sarjan

Wah…Sarjan lebih hebat dari Leftenan, Mejar dan sebagainya.

Sarjan N. Tharmendran menghadapi pertuduhan lain..

Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja menghadapi pertuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM, tetapi turut didakwa atas pertuduhan lain di Mahkamah Tentera kerana menerima harta awam yang digunakan secara tipuan dan satu pertuduhan alternatif iaitu menerima harta curi.

Sarjan itu didakwa mengikut Seksyen 61(b) Akta Angkatan Tentera 1972 dan Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tharmendran telah dihadapkan ke Mahkamah TUDM bermula pada Jun 2007 dan seramai 11 saksi pendakwaan telah dipanggil sehingga Mei 2009. Bagaimanapun, perbicaraan itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyiasatan kes kecurian enjin pesawat yang didakwa dilakukannya.

Perbicaraan itu sepatutnya disambung pada hari Khamis dengan memanggil tiga lagi saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Bagaimanapun, ia ditangguhkan selepas peguam bela tertuduh, Rakhbir Singh tidak hadir kerana beliau menjelaskan melalui surat kepada mahkamah menyatakan ingin menarik diri selepas tidak mendapat arahan daripada anak guamnya itu.

Mengikut pertuduhan, Tharmendran, 42, didakwa menyalahgunakan secara tipuan harta-harta milik awam iaitu lapan buah ‘HP Laser Jet Print Catridge’ pelbagai model manakala bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi lapan buah ‘HP Laser Jet Catridge’ pelbagai model.

Turut didakwa, seorang Koperal Udara Mohamad Zohari Aris, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 61(a) Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu menyalahgunakan 10 buah ‘HP Laser Jet Print Catridge’ pelbagai model.

Bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi ‘HP Laser Jet Catridge’ itu mengikut Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Pangkalan Udara Subang pada 1 tengah hari, 13 Jan 2006. – Bernama

Rakyat Percayakan BN?

Utusan Sarawak 26 Julai 2010 bertajuk Rakyat percayakan BN-Johari.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang haji Johari menyatakan pembangkang hanya bermusim bersama rakyat sememangnya betul dan beliau harus ingat apabila rakyat memberi mandat kepada BN untuk mengurus harta kerajaan, ini bermakna bukan tanggungjawab pembangkang untuk menjaga hal ehwal rakyat dan apa juga bantuan yang diberi kepada rakyat adalah harta rakyat yang perlu diagihkan secara adil.

PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia

PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.

PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka.

Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini. 

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.Ust.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Ceramah Kelompok Bersama Mat Sabu

Posted with WordPress for BlackBerry.

Ceramah di adakan sekitar Petra Jaya pada pukul 9.30mlm di pejabat Pas Kawasan Petra Jaya.

Isi kandungan ucapan dimulakan dengan pengalaman berceramah di Miri sehari sebelum ke Kuching. Beliau menyatakan sambutan di Miri mengalakkan dan kerjasama Pakatan Rakyat juga semakin baik selepas piliharaya kecil Sibu.

Berkenaan perpaduan dengan umno, Majlis Syura telah memutuskan PAS akan tetap memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan ahli PAS perlu meneruskan kerja untuk menumbangkan BN. Rakyat perlu tahu BN ingin mengekalkan kuasanya dan Pakatan Rakyat akan berusaha merampas kuasa BN untuk kepentingan rakyat.

Adalah menjadi peranan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mendedah pembaziran, rasuah dan kerugian yang terpaksa ditanggung Malaysia oleh pemimpin BN.

P/s banyak maklumat penting tidak dapat dikongsi kerana rakaman audio tidak memuaskan

Isu di Selangor sebelum dan semenjak 2008

umno yang kecundang pada 2008 terasa amat kehilangan kerana negeri yang kaya seperti Selangor bolah jatuh kepada Pakatan Rakyat. Hasil kutipan cukai di Selangor saja boleh dikira lumayan untuk sebuah kerajaan Negeri. Sekarang banyak isu yang ditimbulkan di Selangor oleh umno telah kembali kepada umno. Rakyat sudah tahu siapa yang memulakan dan siapa yang menyambung pemerintahan. Berikut ialah sejarah di Negeri Selangor yang umat Islam tidak boleh melupakannya kerana memang benar umno terdesak dan hanya menampilkan Islam pada pakaian dan kebendaan saja bukan dari segi syariat Islam itu sendiri.

Jangan Lupa UMNO pernah pecat Mufti Selangor kerana Arak dan Ratu Cantik !!!

Oleh Reformis Muda

Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap ROnie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa Arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini, mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam.
Continue reading “Isu di Selangor sebelum dan semenjak 2008”

Terima Kasih le…PM


Wahai rakyat yang budiman, ketahuilah kamu…saya sebagai pemimpin kamu hanya tahu menyelesaikan masalah rakyat dengan menaikkan harga petrol..kalau yang lain2 tu naik jangan kata saya yang buat, sila tanya tokey kedai..

Pertumbuhan Ekonomi Meningkat: Minyak, Gula Naik

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen jadi RM 1.90 sen. Kenaikan ketika rakyat menghadapi tekanan hidup akibat daripada indeks pengguna makin meningkat.
Continue reading “Terima Kasih le…PM”