Bandarsah/Jalan Ajibah Abol


Berada di Bandarsah sekitar DUN Satok meninggalkan nostalgia kepada aku. Bandarsah tempat aku membesar dan aku tahu disitu juga keluarga sebelah emak berkampung. Kalau dilihat pada gambar surau tersebutlah tempat kami selalu berkunjung. Dulu longkang ditepi jalan inilah aku dan sepupu aku mengail ikan belau. Dekat dengan padang Nek Aji Kombok dulu ada kedai runcit kecil tempat aku membeli kerepek, gula-gula apong buatan orang kampung sendiri. Di pengkalan tepi sungai ada dijual mee jawa kegemaran aku. Bila air pasang kawasan padang Nek Aji Kombok akan ditenggelami air. Biasalah budak-budak akan mandi beramai-ramai disitu.

Kata orang, dulu lain sekarang lain, tapi orang ramai harus sedar kalau dulu orang muda boleh menghormati orang tua, kenapa sekarang tak boleh pula. Sepatutnya semakin tinggi pelajaran, semakin matang cara berfikirnya. Apa yang dilihat pada gambar itu cuma pembangunan fizikal dan bagaimana pembangunan rohani. Adakah pembangunan rohaninya lebih baik dari dulu atau pembangunan rohani penduduknya semakin diruntuhkan dengan budaya hendonisma/berhibur yang melalaikan.

Comments are closed.

%d bloggers like this: