umno tak layak bersatu dengan PAS.


Apalah dirayu perpaduan bersama PAS, kata orang Sarawak, melayu bebal dan entingal jak mauk dengan umno.

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak PAS.

Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi
PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010.

PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.  

Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid  dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno  memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar. 

PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.

Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana  berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir  hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda,  bukan ideologi.

Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut  bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya  di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.    

PAS hendak menasihatkan   Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya,  kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan.
Mereka  hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu  dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar  tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar  yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini.

Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?  PAS menasihati mereka ini,  hentikanlah  menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam.

Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika  gerakan massa dari kalangan muda mudi  yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS  untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments are closed.

%d bloggers like this: