Bila ada Ilmu……hati terdidik jadi baik


Orang yang baik itu memilih pemimpin dikalangan orang yang baik. Dan kalau umno dan BN itu baik, dan membawa lagi kebaikan dunia serta akhirat, manakan ada orang berilmu yang akan menentangnya…


Pelajar Tertarik Pada PAS kerana Umno Hanya Mampu Berikan Duit, Bukannya Kebenaran

Dakwaan Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membelanjakan puluhan juta bagi melahirkan pemimpin dan penyokong di Mesir adalah satu dakwaan yang terdesak oleh kumpulan yang kecewa kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

PAS mengucapkan terima kasih kepada Shabery kerana telah menunjukan kemampuan PAS kepada rakyat yang berjaya menarik sokongan rakyat dalam dan luar negara. Memang melucukan bila beliau sebut puluhan juta kerana rakyat sedia maklum bahawa PAS bukanlah parti yang mengunakan duit untuk membayar pelajar-pelajar itu sokong PAS. PAS tidak pernah menyalurkan sebarang dana bagi para pelajar di Mesir atau dimana-mana negara luar seperti Umno. PAS bukan parti ‘politik wang’ macam Umno, PAS adalah parti islam yang berteraskan kebenaran Islam. Hakikatnya pelajar dalam dan luar negara tertarik pada PAS kerana Umno hanya mampu berikan duit bukannya kebenaran dan nilai kemanusiaan.

PAS tidak perlu gunakan duit kerana para pelajar luar negara diyakini sebagai golongan cerdik dan mampu membuat pilihan. Diluar negara tiada akta AUKU, jadi mereka tidak terikat untuk menyokong Umno sahaja. Golongan yang cerdik diluar negara dapat menerima cara pemikiran dan dasar-dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka tertarik dengan sikap pemimpin PAS dan tidak mustahil mengambil pemimpin PAS sebagai idola mereka.

Pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir dan negara Timur Tengah lainnya begitu hampir dengan lokasi sirah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat, maka tidak menjadi kehairanan jika mereka mudah memahami perjuangan PAS yang berteraskan Islam berbanding dengan Umno yang meminggirkan Islam. Walaupun Kelab Umno mengadakan pelbagai program termasuk membawa Presiden parti mereka ke sana, namun mereka yang cerdik ini tidak terpedaya kerana mereka boleh mengetahui maklumat semasa dinegara ini melalui internet. Kelab Umno telah menaburkan banyak fitnah tentang PAS, namun mereka gagal memperbodohkan golongan yang cerdik ini, sebab itulah Shabery amat kecewa dan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Umno kena terima hakikat, kini PAS menjadi pilihan terbaik rakyat kerana kita menjadi pilihan ramai barisan kepimpinan pelapis yang keluar dari universiti tempatan dan luar negara selepas mereka tamat pengajian.

PAS kesal kerana Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan beberapa Yayasan negeri mendiskriminasikan para pelajar diluar negara. Mana-mana yang disyaki menyokong PAS atau ibu bapa mereka pemimpin PAS akan disenarai hitamkan dari menerima bantuan. Inilah antara punca mengapa mereka lebih benci kepada Umno dan melihat kepada PAS. Sewajarnya pihak kementerian dan yayasan mengambil inisiatif bagi membantu semua pelajar Malaysia diluar negara tanpa mengira latar belakang kerana organisasi mereka adalah milik rakyat bukan Umno.

PAS juga kesal kerana berdasarkan dakwaan Shabery, Umno telah menubuhkan Kelab-kelab Umno diluar negara yang mana para pelajar adalah ahli-ahlinya. Mujurlah diluar negara tiadanya akta AUKU dan para pelajar boleh terlibat dengan politik dan menyatakan sokongan mereka kepada mana-mana parti.

Ini berbeza di Malaysia, walaupun Umno mengetuai kerajaan dan Kementerian pengajian Tinggi tapi mereka tidak mampu mewujudkan kelab-kelab Umno dalam kampus lantaran kesilapan mereka mewujudkan akta AUKU. Mereka sendiri mengongkong kematangan pelajar. Apakah bezanya pelajar dalam dan luar negara, usia mereka sebaya, mereka sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi, mengapa yang diluar negara boleh berpolitik dan dalam negara diharamkan. Malaysia kini menuju ke arah negara maju, maka akta seperti AUKU ini adalah tidak releven dan oudated.

PAS berjanji akan memansuhkan akta AUKU ini sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk memerintah negara ini dalam Pilihanraya Umum ke-13. PAS tiada halangan jika Umno mahu adakan Kelab Umno di dalam dan luar negara, begitu juga kepada parti-parti lain termasuk PAS kerana mengikut peraturan pendaftaran pertubuhan setiap parti berhak mengajak mana-mana warganegara ini untuk menjadi Ahli dan menubuhkan cawangan. Dan mengikut perlembagaan dan peraturan Pilihanraya, setiap warganegara berhak memilih parti mana yang mereka suka.

PAS menyeru kepada semua penyokong dan kepimpinan PAS dalam dan luar negara untuk mempergiatkan aktiviti menambahkan keahlian, sokongan dan membina kepimpinan pelapis bagi mengantikan kepimpinan Umno yang ternyata gagal menyediakan kepimpinan berkualiti untuk masa depan negara ini. Pimpinan-pimpinan PAS yang ada bersedia untuk turun ke mana sahaja bagi membina lebih ramai pewaris negara yang berkualiti untuk menyanggah kezaliman Umno dari puncak kuasa.

Ust Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments are closed.

%d bloggers like this: