PAS sokong Tengku Abdullah, rakyat wajib tolak parti perkauman danbersatu dengan Islam


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dan menjunjung kasih keatas titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah  yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak dan terus mengimarahkan Masjid dengan majlis Ilmu.

PAS dapat mengambarkan betapa besarnya harapan pihak istana untuk
rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing. Politik perkauman dan menyertai parti politik perkauman adalah satu kerugian buat umat Islam. Kesatuan umat Islam dan sikap berani
bersaing menjadi teras kekuatan umat zaman Rasulullah seperti yang baginda titahkan.

PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana disini umat Islam tak kira Melayu, Cina dan India dapat bersama dengan harmoninya. Malah dengan keterbukaan PAS yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Islam telah menjadikan PAS sebagai pilihan terbaik menyatukan rakyat bukan sahaja yang berbeza bangsa, malah yang berbeza agama juga bersatu dalam PAS.

PAS juga menyanjungi keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang menyebut
dengan jelas bahawa Masjid seharusnya diimarahkan dengan aktiviti keagamaan, dijadikan pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.

Inilah idea yang dibawa dan diperjuangkan PAS selama ini.DiSelangor sebagai contoh, semasa
Umno memerintah, Masjid dan Surau dikunci dan dirobohkan hanya kerana mereka menjemput para penceramah yang menyokong PAS untuk berikan kuliah. Penceramah PAS amat profesional,mereka tahu membezakan kuliah agama dan ceramah politik. Hanya kerana berbeza politik kariah masjid dihalang memasuki masjid mereka. Jawatankuasanya ditukar jika bukan ahli Umno.

Tetapi selepas PAS-Pakatan memerintah Masjid Surau yang dikunci dibuka semula. Para penceramah tanpa mengira parti politik dijemput untuk berkongsi ilmu. Masjid Surau menjadi pusat aktiviti belia. Ada yang dijadikan pusat tuisyen juga. Malah kariah Masjid Surau semakin ramai kalangan orang muda kerana begitu banyak program diadakan termasuk sukan dan juga gotong-royong. Begitulah yang berlaku hingga ke hari ini.

PAS berharap rakyat Pahang khususnya dan diseluruh Malaysia, dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan ditempat
yang sewajarnya dan menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan
berasaskan kaum dan puak mereka sahaja. Dengan menolak Umno-BN
sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam.

PAS mendoakan kesejahteraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang, Tengku Mahkota, seluruh kerabat DiRaja dan rakyat jelata. Semoga negara ini akan terus makmur dibawah rahmat Allah swt.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments are closed.

%d bloggers like this: