Fanatik Kepartian

Bila akal dijadikan panduan hasilnya sudah tentu persepsi. Persepsi cuma bacaan luaran kepada setiap masalah tanpa mendalami punca sebenarnya.

Persepsi fanatik kepartian itu wujud bukan kerana bawaan unsur luar seperti parti semenanjung, unsur semenanjung dan hasutan tetapi fanatik wujud bila masyarakat mudah menghukum tanpa ilmu dan salah tafsir kenapa setiap kali mereka melihat masalah perpecahan, pertelingkahan dalam masyarakat, maka jawapan mudahnya ialah fanatik kepartian.

Mari buka minda dengan Ilmu dan maklumat yang betul kerana fanatik kepartian itu cuma bacaan awal sebelum jawapan sebenar dapat diketahui dengan Ilmu.Baca disini…

p/s Kembali kepada Islam insyaallah setiap masalah itu akan terjawab dengan berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang diperjuangkan oleh Ulama.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Rakyat Cerdik VS Rakyat Bodo

Jangan biarkan diri anda lalai sehingga rugi dunia dan akhirat. BN bukan berkerja untuk memimpin rakyat, BN berkerja umpama menolak rakyat terjun gaung. Percaya atau tidak anda berhak menjadi rakyat yang bijak atau bodo.

Hiburan Malam, Candu Supaya Rakyat Leka Kegagalan Umno.

Oleh: Ustad Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN  sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini. 

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak bajadi sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini. Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. 

Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.  Sebenarnya rancangan ini untuk  menjadikan rakyat lalai dengan hidangan “candu hiburan” dan melupakan malapetaka rasuah  yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.  Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian.
Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan  rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar  meluat untuk datang ke negara ini.  
Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Hutang Negara Tanggungjawab Bersama?

Kalau berhutang untuk perkhidmatan perubatan percuma, pendidikan percuma dan menaik tarafkan sistem pendidikan negara berbaloi la jugak..

Hutang Negara, Setiap Rakyat Menanggung RM14 000.

Oleh: Ustad Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.

PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat

 Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan

  PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan.

Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010.

PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri yang Umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain.
Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan PAS mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Malaysia, Bukan Wasiat Umno Melalui Amanah Raya

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan  dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau  di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” 

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh. Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak

 pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

 

PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksud  ucapan Presiden umno “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini. PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini. PAS juga pernah menang 1959 dan  kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat. Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

 

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Bila Ketua Dah Mabuk Kuasa

Mabuk atau tidak seorang pemimpin itu bergantung kepada kewarasan dalam membuat keputusan. Apa yang terjadi bukti kepimpinan Malaysia tidak waras lagi..kalau nak tau bacalah apa seterusnya.

Alasan Pak Pandir, PNB Yang Cadang Bina Menara Warisan

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.

Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.
 

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.