Ziarah DUN Tupong


Tarikh: 13/11/2010
Masa: 8.30mlm

Bersama beberapa pemuda PAS Terenggaunu dan pemuda Petra Jaya menziarahi pesara perkhidmatan awam yang sekarang bertugas dengan sebuah NGO. Dari cerita dan pengalaman yang diceritakan pengabaian kepada kaum di pendalaman amat menyedihkan dengan Sarawak yang kaya raya hasil buminya. Apa sebenarnya kemajuan yang dikejar oleh kerajaan Sarawak? Adakah ianya benar-benar ikhlas atau cuma khusus untuk kawasan mereka yang mengundi sahaja. Kaum penan itu bagaimana 50tahun sudah berlalu. Adakah pembinaan Dewan Undangan Negeri yang berjuta itu lebih penting dari nasib rakyat.

Isu tanah juga harus diselesai tapi apakan daya melayu ramai yang tidur. Tidur dalam keadaan jahil dan tanpa panduan yang pada hakikat, hak dan maruah melayu sedang diratah oleh pemimpin dari kalangan melayu sendiri.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Comments are closed.

%d bloggers like this: