Hukum Binaan Di Atas Kubur?


Sumber: Kami benci Maksiat (FB)

Telah diharamkan oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah:

 Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)

 Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)

 
Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah:
Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

 Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besar as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa:

 Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.

Semua fatwa-fatwa tentang larangan tersebut antaranya berdasarkan hadis sahih:

 Dari Jabir radhiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya.

 Setelah berpandukan hujah-hujah syara dan fatwa Imam as-Syafie, maka Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:

 Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.

Imam an-Nawawi rahimahullah dari kalangan ulama besar as-Syafieyah juga telah melanjutkan fatwa Imam as-Syafie yang berkaitan dengan hal ini:

 Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, dilarang meletakkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi.

Jika di kuburan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam dilarang dari bertawaf, merapatkan perut dan dada maka di kubur-kubur lain tentu diharamkan juga.

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Responses to “Hukum Binaan Di Atas Kubur?”

  1. Assalamualaikum, En Abdullah..

    Sebagai pemerhati, saya ingin bertanyakan sesuatu kepada En Abdullah. Menapa En Abdullah menutup ruangan ‘Comment’ bagi URL ini (https://demaklautmuslim.wordpress.com/2010/09/17/tepung-tawar-anakmajlis-bersanding/)? Jikalau En Abdullah benar-2 ikhlas dalam menegur perbuatan tepung tawar ini, En Abdullah sepatutnya memberi ruang umum untuk berinteraksi mengenainya, mungkin juga En Abdullah lebih arif dalam hukum-hukum yg mungkin umum tidak mengetahui. Jika ditutup ruangan ‘Comment’, bagaimana En Abdullah mahu menjelaskan persoalan-2 yg mungkin timbul daripada mereka yg kurang arif daripada En Abdullah? Mungkin saja post En Abdullah akan dianggap hanya mengutarakan pandangan pihak En Abdullah sahaja, tanpa adanya ruang untuk umum mengutarakan persoalan dan permasalahan kepada En Abdullah yg nampaknya lebih arif & pakar dalam hukum-hukum Islam ini…Request saya bukan sahaja untuk posting tepung tawar ini sahaja, bahkan untuk mana-mana posting sekalipun di dalam blog ini, agar ianya lebih bersifat terbuka, telus, dan mengambilkira penglibatan umum. Harap En Abdullah mengambil perhatian. Sekian, terima kasih. Wassalam…

    • Wa’alaikumussalam, apa yang saya tulis hanya untuk membuka minda masyarakat dan jauh sekali untuk mengajar sesiapa. Bagi mereka yang tidak arif rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu dan tidak sesuai untuk saya menjelaskan persoalan tersebut melalui ruang yang terhad ini. Berkenaan tepung tawar lebih baik orang yang menjaga hal ehwal Islam diberi kepada mereka yang layak.

Comments are closed.

%d bloggers like this: