Jika Tak Suka, Jangan Baca.


Ada ‘malaikat’ menghamun di ruangan inbox message facebook saya, mendesak agar dihentikan penyebaran informasi serta laporan berita berunsur politik yang mendedahkan kecurangan pemerintah UMNO-BN.

Beliau mengecam sebarang maklumat yang bersifat kritikan terhadap pemerintah sambil menyifatkan perjuangan reformasi sebagai suatu yang sia-sia dan ‘tak ke mana’.

‘Malaikat’ ini juga menganggap bahawa gerakan reformasi tidak memberikan apa-apa sumbangan terhadap negara bahkan beliau khuatir akan kebangkitan rakyat melalui demonstrasi dan perhimpunan aman.

Saya sarankan beliau berfikir dengan waras dan tenang. Jika tidak suka dengan informasi berbaur politik, maka tak usah baca! Biarkan terus diri dibelenggu dengan dakyah songsang akhbar milik UMNO-BN.

Capt. Rick
Germany
28/11/10. 2:57pm

Posted with WordPress for BlackBerry.

Comments are closed.

%d bloggers like this: