Harga Barang Naik Lagi, Rakyat Tak Kisah~


Selepas hanya menang PRK Galas dan Batu Sapi, BN/UMNO sudah percaya bahawa mereka mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat. Sewaktu kempen PRK harga minyak dinaikkan tetapi rakyat terus mengundi BN yang diterajui oleh UMNO, ini menunjukkan rakyat memang tidak kisah dengan sebarang kenaikan harga barang. Berdasarkan itu maka BN/UMNO berpendapat bahawa inilah masanya untuk menaikan harga barang kerana rakyat tidak kisah pun.

Kenaikan harga barangan yang terbaru menunjukkan betapa egonya BN/UMNO, jika BN/UMNO sekali lagi memenangi PRU13 dan memerintah maka saya ingatkan rakyat sekalian bersedialah untuk menerima berita2 inflasi yang menakjubkan.

Oleh yang demikian sekiranya kamu ingin memilih kesengsaraan dan penindasan hidup UNDILAH terus BN/UMNO, tetapi jika kamu tidak ingin terus sengsara, pilihlah parti yang prihatin terhadap masalah kamu (PAKATAN RAKYAT- DAP/PKR/PAS). Kuasa di tangan kamu dan kamu mempunyai pilihan bebas untuk menentukannya.

by Joseph Mile and Capt. Rick

Posted with WordPress for BlackBerry.

Comments are closed.

%d bloggers like this: