Yuran Sekolah 1Malaysia : Menteri sudah hilang kuasa…


Assalamualikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,
Ingatkan ada perubahan besar akan berlaku tahun ini setelah mendengar amaran menteri pelajaran yang mahukan sekolah sekolah tidak mengenakan yuran tambahan yang membebankan rakyat tapi dasat menanam tebu di bibir mulut..

Di mana suara dan mandat menteri pelajaran seandainya pihak sekolah tidak langsung mengendahkan amarannya? Dan di mana menteri pelajaran ketika sekolah masih lagi mengenakan yuran yang masih tinggi kepada rakyat pada ketika tanggungjawab penuh untuk menyediakan pendidikan kepada warganegara yang membayar cukai sepatutnya dipikul oleh kerajaan?

Kenapa rakyat perlu membayar sedangkan sepatutnya pendidikan dinikmati secara percuma serta kenapa perlu PIBG mencari dana mereka sendiri menerusi perahan wang rakyat sedangkan kerajaan yang perlu menjalankan tugas membantu sekolah dari semua aspek termasuk kewangan?

Rasanya menteri pelajaran sudah tidak lagi berkuasa dan sudah tidak lagi mampu menguruskan pendidikan rakyat menurut kefahaman umum sistem bernegara. Menteri ini turut mewakili kerajaan 1Malaysia yang juga sudah tidak mampu menguruskan keperluan rakyat keseluruhannya.

Sumber Laa Tahzan (Facebook)

Comments are closed.

%d bloggers like this: