Jauh Pangang Dari Api?


Umno dan PAS berbeza seperti bangkai dan daging segar…umno itu penuh dengan perasuah dan pemimpin yang buruk akhlak..sebab itu perasuah masih boleh bertanding dan menjadi YB semula. Adab dan akhlak perlu dijaga…bagaimana menjaga..itu semua pimpinan ulama kena sentiasa memberi ingat..kerana tak semua ahli PAS berilmu. Jadi ulama mesti sedia mentarbiah…dan ahli kena bersedia ditarbiah dan mentarbiah diri..

Dari Harakah…seterusnya..

Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain

Written by Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

“Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.

“Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.

Elak perang melalui media, blog

Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan.

“Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

“Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah.

“Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu,” katanya lagi.

Awas manipulasi media

Ianya termasuk isu pencalonan Datuk Husam Musa bertanding jawatan presiden oleh PAS Bukit Bintang.

“Tetapi perbezaan yang ditunjukkan oleh Bukit Bintang itu kita raikan, itu hak kawasan,” katanya.

Datuk Husam Musa dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang untuk jawatan presiden namun begitu Husam telah menolaknya dengan berkata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi adalah calon yang paling layak untuk jawatan itu.

“Beliau adalah antara faktor penyatuan dalam PAS,” kata Husam dalam reaksi segeranya kepada Harakahdaily sebelum ini ekoran ke atas pencalonan itu.

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar Gombak, Selangor.

Tahun ini akan diadakan pemilihan untuk semua jawatannya samada di peringkat pusat, kawasan dan juga cawangan-cawangannya di seluruh negara.

Comments are closed.

%d bloggers like this: