Ucapan Presiden Mesir Yang Sah Sebelum Diguling Tentera


Ucapan DrMorsi:

Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini, Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,

Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tuturkata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman, Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku, Kaffah menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam?Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini, Kita ada agama yang memimpin hidup kita,

Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuan ku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantuaku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,

Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Kuhanya memohonkan bantuanmu, Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama, Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar,

Ianya hanya merugikan kita.Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku YaAllah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu yaAllah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.Bismillahi tawakkaltu’alaAllah, la haula wa la quwwata illa billah!—

Comments are closed.

%d bloggers like this: