Archive for the Aktiviti Category

Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted in 1, Aktiviti, Politik, Umum on January 12, 2013 by Abdullah

image

image

image

gambar menarik yang diambil oleh rakan-rakan FB…..agak-agak hanya 20 orang saja yang hadir…keh…keh.. keh…

Mengaku Islam, diwaktu sama menghina Islam.

Posted in Akidah, Aktiviti, Mabuk, Prinsip, Songsang, Umum on June 29, 2012 by Abdullah

image

Manusia jenis apakah dia….hanya Al-Quran yg menceritakannya…Al-Quran hanya boleh ditafsir oleh ulama…org alim yg takutkan Allah….bukan alim seperti Ust2 sekular yg menjaga periuk nasi dan jadi setan bisu.

Projek Lembu dan rumusannya…

Posted in Aktiviti, Perniagaan, Umum on April 8, 2012 by Abdullah

image

250 juta….1 juta pun sudah cukup untuk…projek lembu…maknanya 250 orang pengusaha lembu seluruh Malaysia…dan ramai lagi boleh cari makan…

Bila Biawak Mengaum

Posted in Aktiviti, Mabuk, Politik, Songsang, Umum on December 12, 2011 by Abdullah

Inilah kelucuan para ahli umno…yang sudah gila…memang adat berkempen…ada masa rakyat sokong…ada masa rakyat lari…hidup tanpa panduan..hingga kerajaan dan sokongan rakyat itu dianggap milik umno…terimalah takdir dan ketentuan Allah S.W.T bahawa sokongan rakyat sudah beralih arah..

Watch “”Pengerusi SPR jangan angkuh sangat” – Dr. Hatta” on YouTube

Posted in 1, Aktiviti, PAS, Politik, Prinsip, Songsang, Umum on July 13, 2011 by Abdullah

SPR Bersih Negara Produktif

Posted in 1, Aktiviti, Bacaan, Politik, Prinsip, Umum on July 4, 2011 by Abdullah

Dipetik dari Harakahdailyr

Merayakan hari lahir 9 Julai … Written by Ahmad Lutfi Othman

Hampir sebulan saya tidak mengisi kolum ini. Dalam tempoh itu pelbagai peristiwa menarik — dan panas –berlaku. Saya masih belum sempat mengulas barisan kepemimpinan baru PAS, yang dilihat mencetuskan minat yang agak tinggi daripada masyarakat. Apatah lagi dengan demonstrasi Bersih, yang dijadual 9 Julai depan, dengan segala “kebengongan” yang dicetuskan pihak polis (terutama Timbalan Ketua Polis Negara) dan Menteri Dalam Negeri.

Pada pilihan raya umum 2008, saya balik mengundi di kampung. Walaupun sudah menetap di Kuala Lumpur sejak belajar di UTM pada 1981, setiap kali pilihan raya saya balik menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan Dun Bukit Kayu Hitam (dahulunya Tunjang) dan Parlimen Kubang Pasu. Kerusi berkenaan memang sukar untuk menang walaupun calon PAS pernah mengalahkan wakil Perikatan, hampir 40 tahun lalu, pada tahun 1969.

Saya hanya ke pusat pengundian, di sekolah lama saya di Kg Pulau Timbul, selepas makan tengahari dan solat Zuhur. Di sebelah paginya saya tertidur kerana keletihan memandu dari Kuala Lumpur semalaman dan terpaksa menempuh hujan lebat. Dalam perjalanan, semasa berhenti di kawasan rehat Bukit Gantang, Lebuh Raya Utara-Selatan, tiada kelihatan tanda-tanda BN bakal menerima nasib malang esoknya, walaupun saya agak pelik melihat begitu ramai anak muda bukan Melayu menyelubungi tubuh mereka dengan bendera PAS.

Seorang daripadanya, gadis manis India berseluar jeans ketat dan memakai baju-T berwarna garang. Sambil tersenyum, dia menayangkan bendera hijau putih sambil menunjukkan tanda bagus kepada saya, dan kemudiannya menyelimuti tubuh langsingnya dengan bendera Parti Islam itu. Saya sekadar mampu membalas senyuman dalam keadaan tertanya-tanya. Tidak terfikir langsung bahawa itu adalah di antara isyarat kecil Makkal Sakhti.

Sebelum melangkah ke pusat pengundian, saya terfikir tentang nilai kertas undi yang bakal saya pangkah. Tiba-tiba terlintas untuk menyatakan amarah dan protes saya terhadap proses dan sistem pilihan raya yang penuh ketempangan itu. Secara spontan saya bertanya ketua tempat mengundi, bolehkah saya koyak kertas undi? Dia yang juga kawan lama saya nampak terkejut. Saya terus mencarikkan kedua-dua kertas undi dan memasukkannya ke dalam peti undi. Maka PAS dan KeADILan hilang satu undi.

Protes insan kecil seperti saya, tambahan pula tanpa perancangan rapi, tentunya tidak memberikan apa-apa kesulitan buat pemerintah dan SPR. Memang ada sepasukan polis dikejarkan ke Sekolah Kebangsaan Hakim Teh apabila berita saya mengoyak kertas undi disebarkan melalui SMS tetapi ia mudah hilang begitu sahaja. Namun bagi saya, ia suatu peristiwa besar yang tidak boleh disesiakan begitu sahaja.

Pilihan raya merupakan proses terpenting dalam sistem demokrasi. Korupsi terbesar adalah rasuah membeli undi dalam pilihan raya yang memungkinkan terbentuknya sebuah kerajaan yang lebih korup lagi. Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanah mengendalikan perjalanan pilihan raya diberi peruntukan istimewa dalam Perlembagaan, Perkara 114: “Pada melantik ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.”

Justeru, tuntutan agar sistem pilihan raya kita “dibersihkan” wajar disokong semua pihak, apatah lagi parti-parti politik yang bertanding. Cerita penyelewengan dan konspirasi Umno bersama agensi kerajaan, khususnya SPR, bagi memanipulasi perjalanan pilihan raya, tidak dapat disembunyikan lagi. Rujuk sahaja laporan dan pendedahan Harakah terutama di negeri Selangor, yang mahu direbut kembali Umno dengan apa jua cara sekalipun.

Mungkin kepada Umno, sebahagian dakwaan itu agak keterlaluan. Dan inilah peluang untuk Umno-BN membuktikan keabsahan kuasanya, dengan bersikap telus dan terbuka, agar segala tuduhan yang mencemar kewibawaannya sebagai parti pemerintah dapat ditangkis dengan berkesan. Soalnya, Umno tidak pernah mempedulikan soal kehormatan dan harga diri; yang dipentingkannya adalah survival kuasa. Dan itulah juga yang sentiasa ditekankan pemimpinnya — Umno tanpa kuasa langsung tidak ada gunanya!

Di pihak SPR pula, mereka tidak perlu melatah mencipta daleh. Pengerusi, (terutama) timbalannya dan setiausaha badan itu mutakhir ini dilihat bersuara bagi pihak Umno. Kepercayaan awam yang sepatutnya dimiliki SPR, seperti dijamin Perlembagaan, sudah ternoda sekian lama. Di mana maruah anggota SPR yang secara terbuka dipersoal kejujuran dan sikap profesional mereka? Mungkin sikap berkecuali mereka sudah lama lebur.

Memang terdapat tuntutan Bersih yang tidak mungkin dipenuhi SPR atas alasan di luar bidang kuasanya. Bagaimanapun SPR harus bersifat proaktif, dengan memanfaatkan ruang dan peluang untuk melakukan penambahbaikan, termasuk cadangan mereformasikan proses pilihan raya kepada kerajaan. Malangnya, tuntutan mudah di bawah kuasa SPR, seperti tempoh minimum 21 hari kempen pun cuba dicari alasan yang bukan-bukan. Pengerusi SPR mendakwa banyak lagi parti politik lain yang mahu masa kempen dipendekkan. (Kita sendiri teringin nak tahu parti mana yang dimaksudkan itu, dan mengapa pula permintaan mereka begitu diambil berat).

Manakala tindakan bebal pihak polis yang begitu gerun dengan warna kuning begitu melucukan dan bersikap “kebudak-budakkan”. Bayangkan, gara-gara memakai baju Bersih di mesyuarat bulanannya 29 Jun lalu, seramai 23 orang ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dipanggil polis untuk merakam kenyataan mereka. Lebih gila lagi, ada tangkapan dibuat di Batu Gajah, Perak, kepada mereka yang memakai baju kuning di dalam, sedangkan mereka memakai baju lain di luarnya. Mengharamkan kemeja-T kuning Bersih dan menjadikan pemakainya melakukan kesalahan jenayah adalah tindakan “paling bodoh” yang hanya akan diketawakan dunia.

Namun, dari sisi lain, lagak Timbalan KPN, Khalid Abu Bakar lebih menjengkelkan. Mungkin dia mahu mengulangi perangai bekas bosnya Rahim Noor, yang mahu kelihatan keras dan ditakuti tetapi akhirnya dikutuk masyarakat. Ramai hairan mengapa Khalid kerap menggantinya ketuanya, Ismail Omar dalam isu-isu kritikal dan genting. Sewaktu Ismail menampilkan imej lebih terbuka, Khalid terus menutup pintu rundingan, selain secara sewenang-wenangnya menghamburkan kata-kata “yang menyakitkan hati”.

Seaktu jaminan Bersih untuk memastikan perhimpunan 9 Julai berjalan aman diperlekeh polis, tiba-tiba saja lebih 300 penyokong Umno berdemonstrasi di Pulau Pinang, selepas solat Jumaat, 1 Julai lalu. Selain mengecam Ketua Menteri Lim Guan Eng, mereka berarak mengelilingi Komtar dan bertindak nekad duduk di atas jalan raya sehingga menganggu lalu lintas.

Malaysiakini melaporkan, semasa kumpulan itu melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, mereka juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan. Mereka turut bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar – seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Cuba bandingkan dengan perarakan aman Sabtu akan datang. Mesej dan tujuan Bersih jelas; mahu menghadap Agong menyampaikan memorandum menyelamatkan demokrasi dan memulihkan kepincangan pilihan raya. Ia bukan seperti igauan ngeri Najib Razak yang sentiasa mengaitkannya dengan Medan Tahrir di Mesir.

Peserta demonstrasi aman Bersih bukan mahu mendesak Najib berundur seperti rakyat Mesir menggesa agar Hosni Mubarak digulingkan. Mereka hanya mahu suara dan tuntutan didengar dan diberi perhatian segera. Selesai memorandum diserahkan, mereka akan bersurai. Mereka bukannya mahu berkampung sehingga permintaan itu dipenuhi, tidak sama sekali. Jika tidak diganggu, dalam masa lebih kurang dua jam segalanya selesai. Tiada keganasan, tiada huru-hara, tiada pukulan belantan, tiada pemedih mata, tiada water cannon.

Saya pun mahu meraikan hari lahir saya pada 9 Julai itu di sekitar ibu kota, berpakaian kuning, dengan hidangan pulut kuning … bisakan? Dan semoga tidak sia-sia saya mengoyak kertas undi pada 8 Mac 2008 lalu, ‘kan?

Persediaan Untuk Demonstrasi Bersih

Posted in 1, Aktiviti, Politik, Prinsip, Umum on June 22, 2011 by Abdullah

Hak Anda Apabila Ditahan Polis (PDRM) By Aiman Athirah Al Jundi

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam. Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis Merah. Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam. Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis. Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”

2.3 Adakah anda sedang ditangkap?

Anda sedang ditangkap jika Polis: • menjawab “ya”; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap? Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di dalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?” Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. 3. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap? Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll. • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. • Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: 1. Bantah; 2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan 3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. • Anda ditangkap. • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah – pemeriksaan pakaian luaran.Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan. • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, “Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072 • Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428 • Negeri Sembilan : 06-6013 844 • Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514 • Johor : 07-2235 698 • Perak : 05-2550 523 • Kedah & Perlis : 04-7333 467 • Kelantan : 04-7448 660 • Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410 • Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Salute & Sirru Ala BarokatiLlah

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Komandan Muslimat (B/2.0) B/p : Dewan Muslimat PAS Pusat