Archive for the Bacaan Category

Pastikan anda tidak tertipu dengan Syiah.

Posted in 1, Akidah, Bacaan, Prinsip, Umum on August 20, 2013 by Abdullah

image

Dipetik dari;  Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Jangan biarkan Syiah menipu anda

Islam adalah hanya memiliki 4 Mazhab, dan BUKANNYA 5 atau 6. Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali dan TIADA Syiah !

Rukun Islam ada 5 dan BUKAN 6. Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji .TIADA Taqiyyah ( menipu) di dalam rukun Islam seperti Syiah!

Bagi 1400 tahun yang lalu Syiah mempunyai satu matlamat sahaja, adalah untuk menipu anda ketika bercakap dengan mereka dan dengan harapan anda mengiktiraf/ mengakui mereka sebagai Mazhab Islam.

Jangan salah faham dan terpedaya dengan helah mereka.

Kami bersetuju apa yang dikatakan Ulama Islam seperti Ibnu Taymiah Rahmatullah kepada mereka “Masyarakat awam Syiah tidak kafir, hilang dan sesat sekiranya mereka hanya terikut dengan ajaran Imam-imam Syiah tanpa ilmu yang cukup secara tidak mereka sedari, kita cuba untuk menyedarkan mereka dengan Hujjah dan ilmu agar mereka kembali kepada Islam, tetapi Ulama Islam bersetuju bahawa penganut syiah yang berpendirian bahawa Aisyah RA melakukan zina, yang bersetuju bahawa Saidina Ali sepatutnya menjadi nabi dan bukannya Nabi Muhammad SAW,dan yang bersetuju bahawa Saidina Umar RA adalah lelaki yang melakukan hubungan sejenis (gay) dengan Saidina Abubakar RA, mereka adalah kafir malah lebih teruk daripada Yahudi.

Hakim Yang Adil

Posted in Bacaan, Prinsip, Umum on July 16, 2013 by Abdullah

image

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Pedang Paling Tajam

Posted in Bacaan on July 15, 2013 by Abdullah

image

Bacaan dari FB
1 Juta Like Rakyat Malaysia Menolak Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja “damarcus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damarcus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua’lam. — with Wan White Lion Enduro

Hati Budi (Ikhwan Muslimin)

Posted in 1, Akidah, Bacaan, Politik, Prinsip, Umum on July 7, 2013 by Abdullah

image

Mesir Kini (FB)
[Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi’e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi]

Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada’.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir, Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada’, saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

-penunjuk erasaan melaungkan “kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!”

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A’kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ….Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya’b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.

Terjemahan dari ucapan Mursyidul AM

Ucapan Presiden PAS Di Turki

Posted in 1, Bacaan, Prinsip, Umum on June 8, 2013 by Abdullah

Islam, memimpin dunia yang adil

Abdul Hadi Awang 07 Jun 2013 Ucapan pada Seminar Pemikiran Islam, anjuran ESAM (Pusat Penyelidikan Politik dan Ekonomi) di-Istanbul,Turki pada 23 hingga 25 Mei 2013

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Arab)

Seluruh dunia terkini mengalami masalah kemanusiaan paling rumit , merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sejagat , akibat kesilapan mereka sendiri . Benarlah firman Allah:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Ar-Rum:41)

Sebab terbesar ialah pengkhinatan manusia sendiri terhadap amanah yang dibebankan kepada mereka sejak azali ,ia-itu amanah menegakkan Al Din (Islam), dinyatakan oleh Firman Allah :

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan sifat yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Al-Ahzab:72)

Kesanggupan munusia menunaikan amanah yang besar itu kerana sifat fitrah yang ada pada mereka , sifat yang tidak ada pada makhluk yang lain . Manusia itu berjasad , punya akal , roh dan bermasyarakat madani. Oleh itu meraka lah yang layak memakurkan bumi dengan petunjuk Allah . Dimana sifat-sifat tersebut tidak ada pada makhluk yang lain , seperti para malaikat , binatang dan jamadat . Peranan manusia pula mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah SWT tuhan pencipta alam, Yang Maha Mengetahui perihal semua makhluk dan menentukan kadar takdirnya dengan saksama . Maka manusia hendaklah beristiqamah dengan petunjuk daripada Allah SWT.

Islam adalah agama asal kepada manusia , Islam bersifat adil secara mutlak . Maha Adil termasuk kalangan Al Asma Al Husna( Nama-nama yang terbaik bagi Allah) dan adil juga adalah sifat yang wajib bagi Allah . Maka keadilan dalam Islam tercakup secara menyeluruh didalam semua ajarannya. Dari segi akidah , syariat , akhlak dan sistem kehidupan seluruhnya sempurna . Adil juga dalam konteks individu , keluarga , masyarakat setempat dan antarabangsa . Juga merangkumi aspek pendidikan , politik , ekonomi dan kemasyarakatan seluruhnya . Hanya Islam yang bersifat begini manyeluruh ,tidak ada dengan sempurna dalam agama yang lain , sama ada samawi atau tidak, dan tidak ada juga dalam ideologi ciptaan mausia .

Seluruh dunia menyaksikan masalah yang kronik dan bertali menali dengan kusut, kerana penyelesaian yang tidak sempurna dan menyeluruh dengan fitrah manusia. Semua media melaporkan, bahawa seluruh dunia mengalami kezaliman politik, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak yang serius. Merebaknya jenayah laksana penyakit kanser yang tidak mampu diberi rawatan, keruntuhan akhlak pula laksana banjir yang menenggelami setiap lorong dan masuk kedalam rumah tanpa dapat dihalang. Semuanya melibatkan masyarakat dalam negara dan diperingkat antara Negara, sehingga menjejaskan hubungan dalam sesuatu Negara dan antara bangsa . Semuanya berlaku dalam keadaan manusia dikatakan mencapai kemajuan sains dan teknologi yang mencipta berbagai kemudahan hidup. Semuanya berada dalam keadaan sumber bumi yang masih melimpah ruah dan pertambahan penduduk yang sepatutnya menjadi tenaga pakar dan kerja yang mencukupi bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara . Punca masalahnya ialah pemerintahan yang tidak istiqamah diatas muka bumi , disebabkan manusia meninggalkan sistem adil yang menyeluruh dengan fitrah (sifat kejadian) mereka, semuanya hanya berada dalam ilmu Allah pencipta alam semesta .

Allah yang Maha Esa mencipta manusia dengan sifat kelebihan yang ada pada diri mereka supaya dapat mengurus dan memerintah makhluk bumi dengan akal dan ilmu berpetunjukkan wahyu , kenabian dan kepimpinan . Firman Allah :

“Manusia itu bermula dengan umat yang satu (menurut agama Allah yang satu (Islam), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dan amal yang soleh dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-kete rangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa-apa sahaja yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi hidayah (petunjuk Nya) kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)”. (Al-Baqarah:213)

Para ilmuan menegaskan :”Manusia itu bermasyarakat madani”. Bermaksud fitrahnya wajib bermasyarakat bagi mewujudkan tamadun dan pembangunannya. Manusia itu tidak mungkin hidup bersendirian , Allah menjadikan mereka dengan tasawwur tidak dapat hidup sempurna secara terus menerus tanpa kepelbagaian kerja dan hasil serta pengagihan secara saksama . Firman Allah :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Al-Hujrat:17)

Firman Allah :

“Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.

“Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu , nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga)”. (Az-Zukhruf:32, 33)

Menunjukkan bahawa segala-galanya tidak betul perjalanannya, pengurusannya dan pengagihannya melainkan melalui sistem yang adil, hanya diketahui oleh Tuhan pencipta alam yang menentukan kadar yang saksama .

Segala usaha yang lain daripada petunjuk Allah menemui kegagalan kerana kemampuan manusia yang terbatas dan meninggalkan ajaran Allah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul S.A.W, sejak beberapa abad yang lalu dan sehingga kini. Kerasulan akhir zaman Muhammad S.A.W. telah berjaya, menunjukkan bukti kejayaan hidup Baginda dan para Khalifah yang melaksanakan syariat Islam yang adil kepada semua. Apabila Islam dilaksanakan dalam masyarakat majmuk, dizaman keemasan tamadun Islam, dan kemudiannya dunia mengalami kerugian besar selepas kejatuhan kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Islam seluruhnya, diikuti pula dengan dihilangkan Khilafah Islamiyyah yang akhirnya membawa kepada masalah yang ada kini.

Semua masalah yang berlaku dalam dunia hari ini yang mengepung kehidupan kita, adalah bermula dengan lahirnya zaman penjajahan selepas dijatuhkan Khilafah Islamiyyah. Semuanya berlaku selepas pihak barat mencapai kemajuan kebendaan yang diciplak daripada tamadun Islam secara tidak sempurna, menyebabkan lahirnya fahaman sekulerisma yang memisahkan kehidupan daripada agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul. Sebenarnya barat sudah menyeleweng daripada ajaran sebenar yang dibawa oleh para Rasulullah A.S.(termasuk Nabi Isa A.S).

Adapun umat Islam yang lemah dijajah setelah meninggalkan ajaran Islam, ikut tenggelam bersama penjajah yang telah sesat itu. Walaupun masih lagi menganut Islam, tetapi tanpa kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Islam yang adil. Kebanyakan penganut Islam itu tenggelam dalam kejahilan dalam perkara agama mereka sendiri, walau pun masih beribadat dan berakhlak secara peribadi dan keluarga. Keadaan ini berteruasan sehingga setelah mencapai kemerdekaan, tetapi masih tetap berpegang dengan teori dan ideologi barat dalam urusan politik, ekonomi dan lain-lain, samaada kalangan pemimpin atau sebahagian besar rakyat .

Mutakhir ini pula muncul kesedaran Islam dikalangan penganut Islam, selepas mencapai kemerdekaan dan setelah terpengaruhnya umat islam dengan serangan pemikiran dan ideologi barat. Penjajah barat itu sudah meninggalkan tanahair kita, namun diganti pula oleh penjajah tempatan dikalangan sebangsa dan satu bahasa. Akhir-akhir ini berlaku kejatuhan sistem lama warisan penjajah dinegara arab, juga sebelumnya berlaku kejatuhan Suharto di-Indonesia, namun kesannya masih terikat dengan banyak cabaran yang menghalang penyelesaian terhadap masalah umat .

Disana pula terserlah tanda-tanda menunjukkan bahawa tentangan terhadap Islam terus berlaku, dalam media, sehinggalah secara politik, ekonomi dan ketenteraan, disertakan dengan perancangan baru yang diatur bagi menghadapi dan memesongkan kesedaran Islam dan kemahuan kepada perubahan bersama Islam. Perancangannya diatur supaya kesedaran Islam disesatkan daripada cara Islam yang betul.

Percayalah bahawa cahaya petunjuk Islam tidak boleh dipadamkan oleh segala usaha samaada melalui lisan atau tulisan, secara dibaca dan ditonton, kerana Allah memberi jaminan akan memelihara cahaya petunjuk Islam, walau pun dibenci oleh musuhnya dikalangan musyrikin. Allah menjanjikan bahawa cahaya Islam akan sampai keseluruh pelosok dunia dan dimana adanya siang dan malam. Kita dapat menyaksikan berita bahawa kesedaran juga boleh berlaku dikalangan musuh Islam, khsusnya kalangan terpelajar dan penyelidik yang ingin tahu, walaupun diliarkan dengan propaganda mengeliru dan menakutkan sehingga tercetusnya istilah Islamofobia.

Perlu disedari bahawa dikalangan umat Islam juga adanya kalangan syaitan yang cuba mengelirukan kesedaran Islam yang lahir, supaya umat islam menjadi ragu dan sesat daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Samaada dengan cara lama yang menyesatkan iaitu dengan mempertahankan konsep sekulerisma yang memisahkan Islam daripada urusan kehidupan duniawi manusia seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain lain dalam, atau dengan cara mengelirukan, seperti teori sekulerisma Islam iaitu menegakkan Negara Islam tanpa pelaksanaan syariatnya bagi memenuhi hasrat masyarakat antarabangsa yang masih dipengaruhi oleh politik kuasa besar yang menghalang segala bentuk perubahan kearah Islam, kerana dianggap pencabar kepada pengaruh penjajahan yang didukung oleh mereka .

Sekiranya kita membuka Kitab Al Quraan, didapati surah pertama ialah Al Fatihah, yang wajib dibaca tiap-tiap rakaat ketika sembahyang wajib dan sunat, termasuk sembahayang jenazah yang tidak ada rakaat. Surah ini dimulakan dengan menyebut nama-nama Allah dengan memuji dan menyerah diri kepadanya. Selepasnya berdoa supaya diberi petunjuk kejalan yang betul, dengan lafaz jamaa (secara beramai-ramai) walaupun bersembahayang seorang diri. Ini menunjukkan betapa perlunya memohon diberi petunjuk daripada Allah agar mengenali dan mengikut yang betul dan benar.

Perkara ini ditafsirkan oleh Hadith riwayat Imam Ahmad :

Pada satu hari Rasulullah S.A.W. menunjukkan kepada para sahabat (umat) dengan memegang sebatang kayu , lalu digaris diatas tanah , garis yang lurus dan bersabda : “Inilah satu-satunya jalan yang betul (Islam)” . Seterusnya digaris kanan dan kiri , cabang-cabang yang banyak , dan bersabda: “Ini pula jalan-jalan yang ada di-setiap kapalannya syaitan yang menggoda mengajak supaya bersamanya“. Kemudian menyebut firman Allah :

153. Dan bahawa sesungguhnya Inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan (menyesatkan) kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Al-An’am:153)

Gangguan syaitan supaya was-was daripada jalan yang betul bukan sahaja berlaku ketika bersembahyang, malah boleh berlaku dalam semua amalan Islam, khususnya dalam perjuangan menegakkan sistem yang adil dalam memerintah Negara atau perjuangan politik yang diletakkan sebagai amanah terbesar daripada ajaran Islam . Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An-Nisa:58)

Rasulullah S.A.W meletakkan pemimpin yang adil adalah yang pertama daripada tujuh orang yang mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat nanti. Rasulullah S.A.W juga menghimpunkan dakwah bersama perjuangan menegakkan Negara. Baginda seterusnya memilih hijrah, kerana menegakkan keadilan terhadap semua dengan mendapat kuasa kepimpinan Negara agar dapat melaksanakan syariat Allah yang adil dalam memerintah serta dengan menolak tawaran daripada para pemimpin Makkah untuk dilantik menjadi raja dan diberi harta .

Dengan tegas menyatakan kepada bapa saudaranya Abu Tolib:

“Wahai bapa saudara kesayanganku !, Kalau sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku supayu aku meninggalkan urusan menegakkan agama ini, sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya , nescaya aku tidak meninggalkan urusan ini “.

Oleh itu fahamilah , bahawa menegakkan syariat Allah yang adil dengan kefahaman yang betul, kuasa pemerintahan dan kebijaksanaanya adalah wajib mengikut landasan yang betul. Adapun teori Sekulerisma Islam, atau Islam tanpa kuasa politik, atau menegakkan Negara Islam tanpa menegakkan syariatnya atau menafikan pelaksanaan syariatnya adalah was-was syaitan yang wajib dipohon perlindungan Allah daripadanya .

Pelaksanakan syariat pula hendaklah dengan feqahnya (kefahaman cara melaksanakan hukum dengan adil ), dengan segala ilmu yang berkait dengannya. Pelaksanaan syariat tanpa feqahnya, boleh memburukkan wajah keadilan hukum Islam. Pelaksanaan Islam dengan faham dan betul (feqah) termasuk juga dalam hukum Islam yang wajib dipelajari. Feqah bukan sahaja dalam perkara ibadat, bahkan dalam seluruh ajaran Islam. Aqidah, Syariat, Akhlak dan sistemnya yang menyeluruh sehingga melibatkan politik , ekonomi , dakwah dan jihad menegakkannya. Maka Allah mewajibkan adanya sebahagian daripada umat Islam yang mendalami ilmu Agama Islam yang luas dengan Feqah (kefahamannya). Firman Allah :

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam (Feqah atau faham) ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”. (At-Taubah:122)

Berlakunya perbezaan mazhab dalam perkara cabang bukannya perkara dasar iaitu dalam perkara yang tidak ada nas yang disebabkan berbeza sebab dan realiti dan situasi dalam masyarakat yang ada perbezaan. Sehingga para ulama dahulu dan kini yang mendalami ilmu Islam, menunjukkan Islam adalah agama paling sesuai dalam semua zaman, tempat dan keadaan, sama dalam perkara tetap atau berbeza dan berubah dalam masyarakat manusia yang bersifat madani.

Islam juga mampu menghadapi cabaran masyarakat majmuk yang berlaku pertembungan yang paling mencabar dan sengit, tetapi menanganinya dengan adil terhadap semua . Firman Allah :

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat kaum yahudi serta gereja-gereja (kaum Nasrani), sembahayang-sembahayang dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya)”. (Al-Haj:40)

Begitulah keadilan Islam mampu menangani masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama, dengan konsep dakwah tidak ada paksaan dalam agama. Keadilan Islam itu pula merangkumi seluruh kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, dibumi tempat berpijak dan langit tempat berteduh. Ajaran Islam meluas daripada daratan, lautan sehinggalah ke angkasa lepas. Dengan konsep kesaksamaan dan pertimbangan yang adil. Semuanya berada dengan sempurna dalam Islam, tidak ada dalam ajaran yang lain daripadanya. Maka Allah berfirman :

“Dan sesiapa yang mencari anutan selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dari orang-orang Yang rugi”. (Al-‘Imran:85)

Sekian , Terima kasih .

نيملاعلا بر هللدمحلا نأ اناوعدرخآو .

Abdul Hadi Awang Presiden PAS. Istanbul Turki

Kalau Kita Tahu Undang-Undang Kita Akan Lawan Penipuan

Posted in 1, Bacaan, Politik, Prinsip, Umum on May 20, 2013 by Abdullah

Otai Reformasi II Tipu PRU: Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat.

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

“Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah,” kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court) beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut. Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya. Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!

Pengerusi SPR di jemput berhadapan Pakatan Rakyat.

Posted in 1, Bacaan, Politik, Prinsip, Umum on May 14, 2013 by Abdullah

Dari FB…Kami Benci Najib Tun Razak

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas.

Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno.

“Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13.

“Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut.

“Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi.

“Jadi saya harap sebagai pengerusi sebuah agensi yang mengendalikan pilihanraya, beliau (Abdul Aziz) perlu menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan tanpa ada sebarang kekeliruan,” katanya petang tadi.

Saifuddin yang turut memberitahu Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan Pakatan Rakyat tidak berani berdepan dengan Pengerusi SPR perlu membantu pertemuan tersebut.

Katanya lagi, jika Abdul Aziz menolak jemputan Pakatan Rakyat untuk berdialog, Ahmad perlu memainkan peranan utama agar pertemuan dapat dilaksanakan.

“Pakatan Rakyat harap Ketua Penerangan Umno dapat membantu agar pertemuan ini dapat direalisasikan.

“Jika Abdul Aziz menolak, beliau (Ahmad) perlu membantu agar petemuan dapat diadakan, kita Pakatan Rakyat tidak takut untuk berhadapan dengan Pengerusi SPR,” sambung beliau lagi.

Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu Pakatan Rakyat dibawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengumpulkan segala bukti penipuan dan penyelewengan yang berlaku pada PRU13 5Mei lepas.

Lebih 29 kawasan parlimen dikenalpasti wujud penipuan sehinggakan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.