Archive for the Cinta Category

Nasihat Ulama Kepada…

Posted in 1, Cinta, Prinsip, Songsang on August 10, 2013 by Abdullah

BERITA PANAS !!!

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*…

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua….

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh….

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh…pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya…

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh…dalam 3 tahun lagi…

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta’mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta’mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya…apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran…sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek…nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka….bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina….dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini….jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini…sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina…..apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Dpd fb pakar hati..

Bila Nak Pergi.

Posted in Akidah, Cinta, Prinsip on June 22, 2012 by Abdullah

image

image

image

Apa Kata MAZA himpunan 901 hari ni.

Posted in Cinta, Politik, Prinsip, Umum on January 8, 2012 by Abdullah

MENJAWAB KEKELIRUAN YANG DIBUAT OLEH USTAZ UMNO, JANGAN PERCAYA PADA DALIL “BERBAYAR”, ESOK TURUN DEMONTRASI BERAMAI-RAMAI.

OLEH DrMAZA.com- Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Istilah Negara Islam Diseleweng?

Posted in 1, Aktiviti, Bacaan, Cinta, Prinsip, Songsang, Umum on November 19, 2010 by Abdullah

Ini yang aku baca, ini maklumat yang aku dapat, kepada puak-puak yang mengiktiraf Malaysia negara Islam. Selagi umno berkuasa selagi itu hasrat mengIslamkan Malaysia terbantut.

Taubat Seorang Bekas Pegawai Syar’ie (Untuk pedoman semua rakyat Malaysia beragama Islam – mesti baca!)

Oleh: Muhammad Hafizi
Sumber Facebook

Suatu hari sebelum hari umat Islam berpuasa, saya duduk di sebuah kedai makan bersama seorang sahabat, Amir sambil menikmati juadah pagi selepas berjoging. Kemudian, kami didatangi seorang kenalan lama sewaktu zaman sekolah dahulu. Lain benar rupanya dengan janggut yang disimpan panjang tetapi tampak rapi. Tidak lain tidak bukan beliau adalah Abang/Ustaz Amran (bukan nama sebenar, bergelar ustaz sewaktu sekolah kerana alim dalam bab agama). “Assalamu’alaikum…lama tak jumpa antum”, sapa beliau. “Wa’alaikumussalam. Laa, panjang umoq. Abang dok wat apa lani? Nampak lain sungguh noo”, balasku mesra.” Macam biasa lah, lani ni tak tentu masa, malam dok bagi kuliah, siang cari makan cara meniaga. Tak macam antum, makan gaji. Cukup bulan jolok kad keluaq la titik peluh”, Ustaz Amran menjawab seloroh dengan gurauan sinis, tak ubah seperti sikapnya dahulu yang suka mengusik kenalan. “Eh, bukan abang pegawai agama ka? Sempat ka berbisnes? Ataupun dok tampung cukup makan bini no. 2?”, tanya Amir pula sambil aku ketawa kecil.

 

Ustaz Amran nampak agak termenung kala mendengar soalan Amir. Dengan nada perlahan beliau memulakan cerita. “Antum semua faham ka, apa maksud Jabatan/Majlis Agama Islam?”. Kami mula memandang sesama sendiri. Sambil menghirup kopi panas yang baru dipesan, riak wajahnya nampak seperti mahu memulakan suatu topik panjang. “Sebenarnya, dulu, memang ana berminat nak jadi ustaz dan paling tinggi cita-cita ana nak jadi hakim mahkamah syari’ah. Waktu tu, ayah ana nasihatkan ana, daripada menjadi pegawai agama jabatan kerajaan, lebih baik jadi guru agama pondok yang ayah ana usahakan dengan tokwan/datuk ana. Ana pun agak terkilan dengan saranan ayah waktu tu sebab pada pendapat ana, apa gunanya belajar tinggi-tinggi bidang syari’ah sampai Mesir/Jordan/Makkah tapi balik hanya mengajar pondok, tak mempraktikkan segala ilmu di kalangan masyarakat….beberapa waktu hampir tamat belajar di luar negara bidang syari’ah, ayah meninggal dunia. Ana sedih tetapi terubat sedikit dengan berita tawaran menjadi pegawai agama jabatan agama Islam sebuah negeri. Dipendekkan cerita, lepas 4 tahun ana bekerja, datang rasa seperti bersalah dalam diri. Tiba-tiba teringat saranan ayah yang ketika dulu suruh membantu mengajar ilmu agama di pondoknya.”

 

Kami tak sedar mi goreng yang dipesan semakin sejuk. Sambil menjamahnya, tiba-tiba dengan tidak semena-mena kami perasan setitis air mata Ustaz Amran mengalir tapi disembunyikan dan sempat disapu, sambil beliau menyambung. “Antum pernah dengaq dak kisah bani Israil yang ingkar arahan Allah? Kita semua maklum kan, bani Israil ni terlaknat sebab suka ingkar dan merubah kitab-kitab suci. Hmm, lani kita pun sama dengan depa lah”. “Sama? apa yang sama?”, soalanku seakan dapat diteka oleh Ustaz Amran dengan umpanan persoalannya sebelumku. Beliau pun menyambung lagi “Suatu hari ana balik kampung musim raya tahun lepas. Mak ana bagitau yang dia lupa ada pesanan ayah untuk ana sebelum meninggal dalam bentuk surat yang ditulis dalam sampul kitab Mat’la’ul Badrain, kitab kegemaran ana yang ayah selalu baca untuk ana waktu sekolah rendah dulu. Ana bukak kitab tu, terasa seolah aura pelajaran ayah kembali meresap dalam hati…rasa sayu dan sebak pun datang. Sampul tu, ana bukak perlahan lalu tulisannya ana baca. Terus air mata ana jatuh macam air terjun kerana nasihat dan pengajaran Allahyarham ayah yang begitu bermakna”. Kami semakin asyik mendengar cerita beliau. Tertanya-tanya juga apa isi kandungan surat tu. Ustaz Amran memohon diri ke tandas untuk mencuci mukanya. Selepas duduk, beliau pun menyambung semula “Dalam permulaan surat tu tertera ayat Al-Qur’an, surah Al-Baqarah ayat 75 “Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya sedang mereka mengetahui”. Lepas tu ada sambungan lagi petikan dari surah Ali-‘Imran ayat 78 “Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutarkan lidahnya membaca al-Kitab supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari al-Kitab, padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakan “Ia (yang dibacanya itu) dari sisi Allah”, padahal ianya bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui”.

 

Ana tersentak dengan ayat Al-Qur’an tu. Memang tempelak untuk bani Israil sebab merubah agama Allah tapi cuba kita perhatikan betul-betul dan teliti, adakah tempelak tu sekadar macam kita baca komik dan cerita dongeng sahaja dan bukannya untuk pedoman kaum selepasnya? Dari tulisan ayah tu, barulah ana faham, yang sebenarnya pilihan kerjaya ana salah sebenarnya…sebab tempelak tu pun kena kat ana selaku pegawai syari’ah.” Terangnya panjang lebar. “Maknanya undang-undang syari’ah/syariat Agama Islam negeri kita ni ada yang tak kena lah? Macam kes bani Israil ni?” Tanya Amir ingin kepastian. “Memang tak kena lah. Cuba semak sebagai contoh Akta Kesalahan Jenayah Syari’ah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997, dan yang terkandung di negeri-negeri lain pun, tak menetapkan hukuman Al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya dalam kesemua seksyen. Peruntukan dalam akta menyatakan mana-mana lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan pasangannya yang sah nikah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 (tiga) tahun atau disebat TIDAK melebihi 6 (enam) kali atau dihukum bagi mana-mana kombinasi hukuman itu. Inilah salah satu contoh keputusan terkandung mahkamah syari’ah. Kenapa tak berkeputusan selari dengan Al-Qur’an Hadis? Kita kan Islam. Memang bertentangan la dengan Al-Qur’an. Cuba rujuk surah An-Nur ayat 2…Lepas tu Sunnah Rasul tambah pulak hukuman rejam ke atas penzina muhsan dan buang daerah ke atas ghair muhsan (bujang). Ana banyak akui terlibat dengan kes-kes macam ni. Yalah, kita akui banyak kes perceraian, bab nikah kahwin, harta pusaka dan sebagainya kita terima pakai syari’at tapi bila bab jenayah banyak kita ambil tak ambil…hakim cuma terang kat member yang bersalah dalam kandang tertuduh tentang ayat-ayat Qur’an sekian-sekian hukuman dia kalau buat zina, tapi hukuman tetap diubah pakai seksyen sendiri…berhukum sebahagian dengan Al-Qur’an, kemudian berhukum sebahagaian dengan cara sendiri. Sebijik macam Yahudi laknat lah.” Balas Ustaz Amran panjang lebar. “Hehe kalau macamtu, orang kaya senang la ustaz. Skandal-skandal pastu bayaq la RM10k. Macam surat pengampunan (indulgences) Kristian Katolik.” Seloroh Amir pula. “Hak tu antum pikiaq sendiri. Nak cakap banyak pun payah, kata kita politik pulak. Siapa mempolitikkan agama lani? Kita mengambil hukuman bukan dari hukum Allah dan Rasul. Kemana kita lani? Nak tuduh sesat, orang kata kita yang tuduh ni puak ekstrimis, padahal ekstrimis (melampaui batas) dalam istilah Islam adalah kita sendiri yang mereka-reka sesuatu sebagai hukuman, lepas tu dakwa ini adalah hukuman syari’ah. Ana malu…sebab tu ana berenti. La ni tulong sambung Allahyarham ayah mengajaq pondok kat kampung. Dulu, kawan ana peguam sivil bukan Islam pun boleh tanya ana “Hukum Islam bukan kena ikut hudud ka? Kenapa nak bayar-bayar pula?” Ana sendiri pun tak reti nak jawab.

 

Perbualan kami pun berakhir selepas beberapa ketika kerana cuaca seakan hujan. Mustahilkah kita menjadi seperti kaum bani Israil yang telah dilaknat Allah dalam Al-Qur’an? Renung-renungkan….

Posted with WordPress for BlackBerry.

Khusus Kepada Mereka yang Bergerek.

Posted in 1, Aktiviti, Bacaan, Cinta, Demak Laut, Petra Jaya, Prinsip, Sarawak, Umum on November 17, 2010 by Abdullah

Ini antara artikel yang aku cari selama ini untuk dikongsi kepada orang Sarawak yang sangat mengalakkan aktiviti bergerek, hatta emak bapak pun sporting le konon. Antara sedar atau tidak, memang berlaku pergaulan bebas, termasuklah yang paham agama dan bagi yang jahil tu Pak Ustnya tegur-tegur le dalam ceramah. Aku pun dah biol nangga perangai sidak, sebab aku orang Sarawak aku tau le. Patut pun belajar agama sik masuk…

Perigi Cari Timba Dan Disiplin Islam Dalam Pertunangan

Written by Zaharuddin Abd. Rahman  
Isnin, 15 November 2010 13:18

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu.

Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar ditolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :

1) Gunakan Orang Tengah

Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina ‘rumahtangga’ bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk ‘Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh’ (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu :  “Adakah dikau punyai hajat kepadaku?” ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya” ; maka Anas menjawab : “Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW.” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Ta’aruf (Kenalkan) Kepada Ibu Ayah Atau Wali Dan Pergi Melihatnya

Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : “Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya?” : “Belum jawabnya.” ; Nabi menjawab :

Ertinya : “Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda).” ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua.” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Elakkan Terlalu Lama Dan Bertangguh

Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : “Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH.” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294).

4) Jangan Hebahkan Secara Awam

Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Elak Berdua-Duaan

Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Kurangkan Komunikasi

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :

• Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

• Haram ber”dating” dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah (dipercayai).

• Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.

• Awas fitnah masyarakat sekeliling.

• Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

• Haram melihat kepada aurat masing-masing.

• Awas daripada bertukar gambar.

• Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku ‘ringan-ringan’ dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin.

Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat).

Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin.

Biodata Penulis

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di Leicester, United Kingdom. Beliau menulis pelbagai buku dalam bidang agama dan kebanyakan dalam bidang perbankan Islam, contohnya ‘Wang, Anda dan Islam.’ Selain menulis buku, Ustaz Zaharuddin turut menulis di zaharuddin.net.

Posted with WordPress for BlackBerry.