Archive for the Kelantan Category

Satu bangsa lain fahaman.

Posted in Akidah, Kelantan, PAS, Politik, Prinsip, Umum on June 20, 2012 by Abdullah

image

Sama-sama kita nilai akal umno….kah…kah…kah.

Advertisements

Kenapa Murtad.??

Posted in Kelantan, PAS, Politik, Prinsip, Umum on October 26, 2011 by Abdullah

[setiausaha akhbar] Kenyataan Mufti Perlis : Satu Penjelasan

Posted in 1, Kelantan, PAS, Politik on May 5, 2011 by Abdullah

1.Saya merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Beliau dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara UMNO dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.

2. Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan UMNO.

3. Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan UMNO boleh berlaku bila-bila masa DENGAN SYARAT UMNO MENGUBAH DASAR KEPADA ISLAM. Ini boleh dirujuk di muka hadapan Sinar Harian, Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.

5. Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

6. Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini.

7. Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara UMNO dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi DENGAN SYARAT PAS MENGGUGURKAN AGENDA PERJUANGAN NEGARA ISLAM. Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak Mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 2011 yang lepas di muka surat 9 untuk rujukan pihak Mufti Perlis. Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan : “However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with UMNO about any possible return to the Barisan Nasional fold..”

8. Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya UMNO selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?

9. Justeru, saya berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau. Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu.

Sekian, wassalam.

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

 

Bertarikh : 4 Mei 2011 / 1 Jamadil Akhir 1432

Tok Guru Islamkan 3 orang Asli

Posted in 1, Akidah, Kelantan, PAS, Umum on November 2, 2010 by Abdullah

Oleh: Harakah Muda

“Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.

Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi

Posted in Kelantan, PAS, Politik, Umum on October 25, 2010 by Abdullah

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan

  PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan.

Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010.

PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri yang Umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain.
Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan PAS mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS

Posted in 1, Kelantan, Politik on September 30, 2010 by Abdullah

Galas : Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PAS.

Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno. Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan..DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri.Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN.
Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN. Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat.
PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno.PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan. Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti.PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29 … DETIK-DETIK BERSEJARAH

Posted in 1, Akidah, Kelantan, Umum on September 13, 2010 by Abdullah

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan. 

 

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun. 

 

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A’Ishah Puteri. 

 

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang. 

 

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 – 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 – 1983). 

 

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran. 

 

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan. 

 

Sesungguhnya selain dari pemasyuran hari ini yang dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tunaku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini. 

 

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah. 

 

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeserean Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu. 

 

Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda. 

 

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. 

 

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri. 

 

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjahnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmum lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja. 

 

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarwaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan. 

 

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentang apa-apa capert merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan. 

 

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Tengku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih daulu. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya. 

 

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas, baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu. 

 

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan. 

 

“Tuanku tidak segan silu dan kekok baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar,” begitulah cerita Nasaruddin. 

 

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja. 

 

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat Sultan Kelantan itu semua itu menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru.

 

 

 

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR