Jawapan Presiden PAS kepada UMNO

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437 M

“Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah”

1) Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

2) Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

3) Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana – mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.

4) Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

5) PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.

6) PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Advertisements

Apa Kata Mereka


Dengar cerita CEO NFC (suami Sharizat) dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27)dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar.

Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang2 sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/Umno kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. Umno tak boleh kelentong orang cerdik. Umno is not capable of changing, not with the current leaders.

When more than 50% of our working population is earning less than RM2k/month, tak tahu malu ke mereka-mereka ini. Merompak siang dan malam, 7 hari seminggu. Perompak Ali Baba P Ramli pun ada cuti hujung minggu.