Archive for the Songsang Category

Syiah Lahir Dari Dendam Majusi(penyembah Api)

Posted in Akidah, Mabuk, Prinsip, Songsang, Umum on August 16, 2013 by Abdullah

KENAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN?

Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?” Untuk menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu. Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi.

Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai ‘rising star’ dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.

Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’

Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.

Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang ‘dilahirkan’ bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.

Dipetik dari Ayuh Sepakat Tolak Syiah

Advertisements

Nasihat Ulama Kepada…

Posted in 1, Cinta, Prinsip, Songsang on August 10, 2013 by Abdullah

BERITA PANAS !!!

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*…

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua….

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh….

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh…pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya…

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh…dalam 3 tahun lagi…

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta’mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta’mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya…apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran…sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek…nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka….bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina….dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini….jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini…sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina…..apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Dpd fb pakar hati..

Pulau Pinang Dalam Sejarah

Posted in 1, Politik, Prinsip, Songsang on May 26, 2013 by Abdullah

image

Melayu jangan cakap Pulau Pinang jatuh ke tangan cina.

BUKTI JELAS SEBELUM LIM GUANG ENG CINA DAP, MEMERINTAH PULAU PINANG, KERAJAAN PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH MELAYU UMNO, ANTARA PEMIMPIN MELAYU UMNO YANG MEMERINTAH PULAU PINANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. TAHUN 1957-1969 TAN SRI WONG POW NEE (KETUA UMNO BALIK PULAU KETURUNAN MELAYU JAWA) 2. TAHUN 1969-1990 TUN DATO’ SERI DR LIM CHONG EU (KETUA UMNO KEPALA BATAS BERKETURUNAN MELAYU BUGIS) 3. TAHUN 1990-2008 TAN SRI DR. KOH SU KHON (KETUA UMNO JELUTONG BERKETURUNAN MELAYU BANJAR) 4. TAHUN 2008-SEKARANG) EN. LIM GUANG ENG (SETIAUSAHA AGUNG DAP, BERKETURUNAN CINA)

Kurang Asam, Rakyat didahulukan

Posted in Mabuk, Politik, Songsang, Umum on January 5, 2013 by Abdullah

image

Mengaku Islam, diwaktu sama menghina Islam.

Posted in Akidah, Aktiviti, Mabuk, Prinsip, Songsang, Umum on June 29, 2012 by Abdullah

image

Manusia jenis apakah dia….hanya Al-Quran yg menceritakannya…Al-Quran hanya boleh ditafsir oleh ulama…org alim yg takutkan Allah….bukan alim seperti Ust2 sekular yg menjaga periuk nasi dan jadi setan bisu.

Polis belajar jadi pelakon…..samseng.

Posted in Mabuk, Songsang, Umum on April 30, 2012 by Abdullah

image

Antara tugas2 polis….menjadi pelakon….dan memang kerja mereka…untuk menimbulkan perasaan kurang senang dan tindakan melampaui batas untuk memburukkan….himpunan aman BERSIH…

image

Beberapa…orang yg memegang batu….adakah mereka ini antara 2000 orang polis seperti yang dinyatakan.

Apa Kata Mereka

Posted in Hutang, Mabuk, PAS, Politik, Prinsip, Songsang, Umum on December 14, 2011 by Abdullah


Dengar cerita CEO NFC (suami Sharizat) dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27)dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar.

Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang2 sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/Umno kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. Umno tak boleh kelentong orang cerdik. Umno is not capable of changing, not with the current leaders.

When more than 50% of our working population is earning less than RM2k/month, tak tahu malu ke mereka-mereka ini. Merompak siang dan malam, 7 hari seminggu. Perompak Ali Baba P Ramli pun ada cuti hujung minggu.