Dinar & Dirham

image

Apa itu Dinar & Dirham

Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘ Dinar’ berasal dari perkataan ‘ Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘ Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘ Dracma’ iaitu koin matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid.
Malah koin-koin emas Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan  Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah ke zaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan 685-705M tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh kerjaan Islam. Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja  Byzantium dengan Khalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ini bermakna bahawa koin-koin emas dinar adalah matawang yang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

Tahukah anda koin Dinar dan Dirham ‘nilainya’ berada pada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa nilai koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang-wang kertas dimana nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata! Ini juga bermakna koin Dinar & Dirham nilainya ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar Razak! (Allah pemberi rezeki!). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu digali oleh manusia Sebaliknya wang-wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah! Ini bererti pihak berkuasa menandinggi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki???

APAKAH SPESIFIKASI ATAU PIAWAIAN DINAR DIRHAM?

Piawaian Dinar & Dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIM) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a iaitu:
Setiap keping 1 Dinar ialah keberatan 1 mithqal yang bersamaan dengan 4.25 gram emas berketulenan 22 karat (91.66% emas).

Piawaian ini menetapkan hubungan antara Dinar & Dirham
sebagai berat 7 Dinar bersamaan dengan berat 10 Dirham. Ini bererti 1 keping Dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) daripada 1 mithqal emas.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: