Forum di Surau Nurhidayah Semariang


Assalamulaikum.

Semalam satu forum telah diadakan di Surau Nurhidayah, Taman Wawasan Jaya di Kawasan Semariang. Wakil muslimat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak (unit Kuching) telah di jemput untuk menjadi salah seorang panel didalam forum tersebut.

Forum bertajuk Remaja dan Halatuju masa depan. Forum tersebut di anjur oleh Parti PBB Taman Wawasan Jaya bersama dengan YADIM. Ahli panel yang dijemput ialah saudara Khairul dari PERKEPIS, En Johari dari SABERKAS dan Ustzah Meriyusnita dari Yayasan Amal Malaysia

Secara keseluruhannya input dari wakil dari SABERKAS perlu diambil kira kerana kesukaran untuk mendapat tenaga sukarela di kalangan remaja dan belia Sarawak.  Kebanyakan remaja boleh di didekati dengan mengadakan perkhemahan dan program yang berkaitan keremajaan.

Unsur rohani dan jati diri telah ditekan oleh panel PERKEPIS dan Yayasan Amal Malaysia. Di Sarawak Yayasan Amal Malaysia perlu mencari alternatif untuk program perkemahan Islami supaya dapat mendidik rohani para remaja.  Insyaallah remaja yang terdidik rohaninya akan sentiasa mencari kebenaran.

Abu Azzam.